CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myvi Dan Mercedes Bertembung- Ibu, Bayi Tiga Bulan Maut

11-10-2022 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1970| Komen: 12

Ipoh: Ibu dan bayinya maut manakala seorang parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini tengah hari tadi.


Wanita berusia 23 tahun dan bayinya berusia tiga bulan yang menaiki kereta Perodua Myvi disahkan maut di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan berhubung kejadian pada jam 12.46 tengah hari sebelum anggota bergegas ke lokasi.


Foto: Harian Metro

"Kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan Mercedes Benz yang bertembung.


"Terdapat tiga mangsa di dalam Perodua Myvi, seorang lelaki berusia 23 tahun cedera parah tersepit di bahagian pemandu, manakala dua mangsa lagi disahkan maut di lokasi kejadian oleh kakitangan perubatan yang tiba," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, manakala seorang mangsa lelaki dari kereta Mercedes Benz mengalami cedera ringan.

Katanya, anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan anggota (EMRS) memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan.

"Manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Keseluruhan operasi tamat pada jam 2.54 petang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 11-10-2022 05:06 PM
Rest In Peace.
Quote che-cikL 11-10-2022 05:42 PM
Bertembung, maknanya salah satu overtake kat double line lah tu.
Quote akies 11-10-2022 05:57 PM
Meninggal dunia 2 beranak dalam kemalangan ni..sedihnya
Quote CiliPadiSedap 12-10-2022 02:00 AM
Mercedes overtake ke? Sebab myvi hancur dalam lane dia
Quote Paris19 12-10-2022 06:01 AM
Takutnya bila baca berita2 accident mcm ni..
Quote scorpionkiki 12-10-2022 06:12 AM
Myvi ni safety features untuk tak buat salah mmg bnyk. Nak ubah ke lane tanpa bg signal pun kereta tu warning, nak pecut waktu hujan pun kereta tu warning...bila i tengok keadaan kereta tu, i rasa mercs tu overtake dan masuk jalan myvi
Quote she 12-10-2022 06:46 AM
Myvi steady dekat lane dia
Kalau selekoh gini
Rasanya Merc potong tak lepas
Sebab tak nampak kereta datang dari arah Myvi ni
Terlindung dek pokok bukit tu

RIP
Btw Myvi baru ni memang lawa
Quote BartholomewKuma 12-10-2022 07:00 AM
Kepada @CARI-MRO , kalu si mangsa tu cuma dua orang, hang tak perlu letak koma, hang buleh habaq saja Ibu DAN Bayi tiga bulan maut. Koma ni kalu ada orang ketiga ka empat kaaaa kemudian, mangsa terakhir pun hang bubuh DAN juga, atau nak sedap buh perkataan beserta kaaa bersama kaaa. @admin6 tak selak2 ka resume depa ni admin? Tapi tu lahh. Hang sendiri pon buleh kelaskan tulisan jawi tu sebagai satu bahasa, bukan tulisan, pada satu masa dulu, jadi aku tak dak la heran sangat dengan level2 akai hangpa
Quote spankee_fili 12-10-2022 07:02 AM
Either overtake ataupun ambik selekoh makan jalan since banyak corner tajam kat sana
Takziah diucapkan, sedihnya mak & anak sekali meninggal
Quote cap_ayam 12-10-2022 07:05 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga.
Quote venom1 12-10-2022 07:28 AM
yang melanggar tak mati pulak. cuba matikan dia kat situ jugak
Quote sangbara2020 12-10-2022 07:52 AM
adui...baca forum pg2 nih cerita sedih lak...
jap la aku g sarap jap

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.038374 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top