View: 1391|Reply: 12
|
Myvi Dan Mercedes Bertembung- Ibu, Bayi Tiga Bulan Maut
[Copy link]
|
|
Ipoh: Ibu dan bayinya maut manakala seorang parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini tengah hari tadi.
Wanita berusia 23 tahun dan bayinya berusia tiga bulan yang menaiki kereta Perodua Myvi disahkan maut di lokasi kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan berhubung kejadian pada jam 12.46 tengah hari sebelum anggota bergegas ke lokasi.
 Foto: Harian Metro
"Kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan Mercedes Benz yang bertembung.
"Terdapat tiga mangsa di dalam Perodua Myvi, seorang lelaki berusia 23 tahun cedera parah tersepit di bahagian pemandu, manakala dua mangsa lagi disahkan maut di lokasi kejadian oleh kakitangan perubatan yang tiba," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, manakala seorang mangsa lelaki dari kereta Mercedes Benz mengalami cedera ringan.
Katanya, anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan anggota (EMRS) memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan.
"Manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Keseluruhan operasi tamat pada jam 2.54 petang," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bertembung, maknanya salah satu overtake kat double line lah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Meninggal dunia 2 beranak dalam kemalangan ni..sedihnya  |
|
|
|
|
|
|
|
Mercedes overtake ke? Sebab myvi hancur dalam lane dia |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya bila baca berita2 accident mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Myvi ni safety features untuk tak buat salah mmg bnyk. Nak ubah ke lane tanpa bg signal pun kereta tu warning, nak pecut waktu hujan pun kereta tu warning...bila i tengok keadaan kereta tu, i rasa mercs tu overtake dan masuk jalan myvi |
|
|
|
|
|
|
|
Myvi steady dekat lane dia
Kalau selekoh gini
Rasanya Merc potong tak lepas
Sebab tak nampak kereta datang dari arah Myvi ni
Terlindung dek pokok bukit tu
RIP
Btw Myvi baru ni memang lawa
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepada @CARI-MRO , kalu si mangsa tu cuma dua orang, hang tak perlu letak koma, hang buleh habaq saja Ibu DAN Bayi tiga bulan maut. Koma ni kalu ada orang ketiga ka empat kaaaa kemudian, mangsa terakhir pun hang bubuh DAN juga, atau nak sedap buh perkataan beserta kaaa bersama kaaa. @admin6 tak selak2 ka resume depa ni admin? Tapi tu lahh. Hang sendiri pon buleh kelaskan tulisan jawi tu sebagai satu bahasa, bukan tulisan, pada satu masa dulu, jadi aku tak dak la heran sangat dengan level2 akai hangpa  |
|
|
|
|
|
|
|
Either overtake ataupun ambik selekoh makan jalan since banyak corner tajam kat sana
Takziah diucapkan, sedihnya mak & anak sekali meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
yang melanggar tak mati pulak. cuba matikan dia kat situ jugak |
|
|
|
|
|
|
|
adui...baca forum pg2 nih cerita sedih lak...
jap la aku g sarap jap |
|
|
|
|
|
|
| |
|