Pergaduhan sekumpulan lelaki di Lahad Datu, Sabah pada Ahad mengundang kecaman ramai susulan ia dipercayai berpunca akibat perebutan kekasih.
Kejadian yang dirakamkan salah seorang saksi itu memaparkan pergelutan dan aksi pukul-memukul membabitkan enam lelaki dan seorang perempuan. Kecederaan ringan turut dilaporkan apabila ada di antara mereka menggunakan topi keledar sebagai senjata dalam pergaduhan berkenaan. Berdasarkan video tersebut, kesemua suspek dilihat saling bertumbuk dan bergelut satu sama lain di lokasi kejadian.
Meskipun disaksikan orang awam, kejadian itu semakin berlarutan dan tidak dihentikan mana-mana pihak yang berada di situ. Hasil siasatan polis mendapati motif pergaduhan adalah disebabkan balas dendam berikutan perbalahan dan perebutan kekasih. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad berkata, rakaman video tular itu disyaki berlaku di sebuah tapak pasar malam di Jalan Mawar, Lahad Datu. FB Majoriti “Bertindak atas kejadian itu, bahagian siasatan jenayah Polis Lahad Datu telah menjalankan siasatan dan seterusnya melancarkan Ops Cantas bagi mengenal pasti kesemua suspek terlibat dalam kejadian itu. “Seramai enam lelaki dan seorang perempuan berusia antara 19 sehingga 28 tahun ditahan untuk membantu siasatan. “Pihak polis juga telah merampas senjata topi keledar yang digunakan dalam pergaduhan terbabit," katanya. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Sumber: Majoriti
|
esbok replied at 11-10-2022 12:24 PM
sekarang ni nak tengok mana rupa perempuan yang diperangkan tu
CiliPadiSedap replied at 11-10-2022 12:52 PM
biasa yang digaduhkan paras rupa level minah rempit tonggek
esbok replied at 11-10-2022 12:24 PM
sekarang ni nak tengok mana rupa perempuan yang diperangkan tu
Firenzza replied at 11-10-2022 02:18 PM
Pompuan tonggek yg pkai skirt tu kot?
ADVERTISEMENT