View: 1245|Reply: 14
|
Hayun Kerusi, Helmet Di Pasar Malam Lahad Datu Rebut Perempuan
[Copy link]
|
|
Pergaduhan sekumpulan lelaki di Lahad Datu, Sabah pada Ahad mengundang kecaman ramai susulan ia dipercayai berpunca akibat perebutan kekasih.
Kejadian yang dirakamkan salah seorang saksi itu memaparkan pergelutan dan aksi pukul-memukul membabitkan enam lelaki dan seorang perempuan.
 FB Majoriti
Kecederaan ringan turut dilaporkan apabila ada di antara mereka menggunakan topi keledar sebagai senjata dalam pergaduhan berkenaan.
Berdasarkan video tersebut, kesemua suspek dilihat saling bertumbuk dan bergelut satu sama lain di lokasi kejadian.
Meskipun disaksikan orang awam, kejadian itu semakin berlarutan dan tidak dihentikan mana-mana pihak yang berada di situ.
Hasil siasatan polis mendapati motif pergaduhan adalah disebabkan balas dendam berikutan perbalahan dan perebutan kekasih.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad berkata, rakaman video tular itu disyaki berlaku di sebuah tapak pasar malam di Jalan Mawar, Lahad Datu.
FB Majoriti
“Bertindak atas kejadian itu, bahagian siasatan jenayah Polis Lahad Datu telah menjalankan siasatan dan seterusnya melancarkan Ops Cantas bagi mengenal pasti kesemua suspek terlibat dalam kejadian itu.
“Seramai enam lelaki dan seorang perempuan berusia antara 19 sehingga 28 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
“Pihak polis juga telah merampas senjata topi keledar yang digunakan dalam pergaduhan terbabit," katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni nak tengok mana rupa perempuan yang diperangkan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi lauk la budak tu kene bantai mcm tu.. mmm time mcm ni kalau Covid dtg lagi padan muka depa takleh lepak keluar mlm2 pukul anak org |
|
|
|
|
|
|
|
biasa yang digaduhkan paras rupa level minah rempit tonggek
|
|
|
|
|
|
|
|
berhempas pulas berebung kerang.. tah fresh tah kan lebam.. sia sia |
|
|
|
|
|
|
|
Rempit gaduh bohsia..
Umur 28 pun kau merempit lg ke dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti comel bdk perempuan tu . Untung la badan lelaki bergaduh rebutkan awk |
|
|
|
|
|
|
|
tau je selalu cliche gini , saja aku tanya, mana tau ada plot twist, memang bak puteri tujoh purnama
kalau ye bak puteri tujoh purnama, usah le ambik dedua ni. esok, kau silap sikit, kau ditumbuknya dik
|
|
|
|
|
|
|
|
Hidup ini hanya sekali, janganlah sesekali mensia-siakan ia |
|
|
|
|
|
|
|
Yang baju kuning join ganyang orang tu perempuan kan? Ko berebut siapa pulak shytorn! Ke ko bantai lelaki tu sebab dia tak berebutkan engkau. |
|
|
|
|
|
|
|
esbok replied at 11-10-2022 12:24 PM
sekarang ni nak tengok mana rupa perempuan yang diperangkan tu
Pompuan tonggek yg pkai skirt tu kot? |
|
|
|
|
|
|
|
berebut laki berebut perempuan semua aku tak boleh hadam
kalau orang tu sayang kau, dia takkan pilih yang lagi satu pun. simple
|
|
|
|
|
|
|
|
Pilak mana yg korg berebut ni?? haha. |
|
|
|
|
|
|
|
berebut kerang buruk beno bunyinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Indon ke pinoy...mcm ms universe kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|