Konsert Riuh Sokmo yang menampilkan kumpulan Wings di Negeri Kelantan didakwa bertentangan dengan dasar pembangunan Islam negeri itu.
Awie kecewa apabila penganjuran konsert tersebut dituduh menjadi punca kerosakan akhlak rakyat di Kelantan. Katanya, negeri terbabit sudah terlibat dengan pelbagai kes jenayah selain konsert itu sudah ditetapkan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP). "Jangan salahkan Wings yang hanya datang sehari dan buat persembahan, rakyat negeri itu terus jadi jahanam, tidak boleh begitu. Ini sebenarnya permainan politik.
Sebaliknya gunakan kelebihan ahli politik yang ada untuk membantu negeri itu menjadi lebih baik, agar rakyat terjamin. Kalau nak cerita tentang masalah yang ada di situ, memang dah sedia ada banyak kes melibatkan pelbagai jenayah. Itu yang perlu diambil kira bukan sebab konsert itu. Lagipun konsert tersebut ada SOP yang ditetapkan," katanya seperti dipetik dari sebuah portal.
|
ADVERTISEMENT