View: 728|Reply: 3
|
"Takkan Datang Sehari Terus Jahanam," Awie Bengang Konsert Wings Dituduh Jadi Punca Kerosakan Akhlak Rakyat Kelantan
[Copy link]
|
|
Konsert Riuh Sokmo yang menampilkan kumpulan Wings di Negeri Kelantan didakwa bertentangan dengan dasar pembangunan Islam negeri itu.
Awie kecewa apabila penganjuran konsert tersebut dituduh menjadi punca kerosakan akhlak rakyat di Kelantan.
Katanya, negeri terbabit sudah terlibat dengan pelbagai kes jenayah selain konsert itu sudah ditetapkan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Foto: IG
"Jangan salahkan Wings yang hanya datang sehari dan buat persembahan, rakyat negeri itu terus jadi jahanam, tidak boleh begitu. Ini sebenarnya permainan politik.
Sebaliknya gunakan kelebihan ahli politik yang ada untuk membantu negeri itu menjadi lebih baik, agar rakyat terjamin.
Kalau nak cerita tentang masalah yang ada di situ, memang dah sedia ada banyak kes melibatkan pelbagai jenayah. Itu yang perlu diambil kira bukan sebab konsert itu. Lagipun konsert tersebut ada SOP yang ditetapkan," katanya seperti dipetik dari sebuah portal.
Selain Wings, Datuk Ramli Sarip, Kugiran Masdo dan Faizal Tahir antara yang memeriahkan konsert.
Tambahnya, Bagi saya mudah sahaja, kalau manusia itu betul-betul mahu berubah bukan setakat kepada sesuatu yang jahil, mengisi sedikit ruang untuk berhibur adalah tidak salah.
Untuk rakyat di sana, supaya tidak pergi ke seberang (Thailand) berhibur sehingga tidak tentu arah dan memberi kesan teruk. Lebih baik duduk berhibur di negeri sendiri, lagi terjaga dan terjamin.
Jangan terlalu ekstrim menghalalkan atau mengharamkan sesuatu perkara itu. Bagi peluang dan ruang untuk mereka merasa sebelum ada perkara negatif berlaku."-CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kennn rakyatkelate mmg dah byk mslah. apo salahkan konsert yih |
|
|
|
|
|
|
|
Hukaloh. Kata negeri serambi mekah. Takkan rakyat mereka tengok konsert rock sekali, terus terpesong akidah n kurang iman? Bukannya lagu wings ni bawa maksud tak baik pun. Kan sana tu pil kuda, rempit, kes rogol tinggi pun sebelum konsert ni kan? Eee ngok punya paspispus |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha. Kelantan kan. Apa nak hairan |
|
|
|
|
|
|
| |
|