Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh empat tahun lima bulan sahaja dalam Penggal Parlimen Ke-14.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanpun pihaknya tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara. “Sehubungan itu, Pas mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang sangat penting ini, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi pada memberi laluan PRU-15 diadakan dalam masa terdekat. Pengumuman tersebut dibuat beliau menerusi satu perutusan khas yang diadakan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan semua platform media sosial. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT