View: 592|Reply: 7
|
PAS Kecewa Parlimen Dibubar Tergesa-gesa, Tetap Optimis Usaha Penyatuan Ummah
[Copy link]
|
|
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh empat tahun lima bulan sahaja dalam Penggal Parlimen Ke-14.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanpun pihaknya tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.
 FB Hadi
“Sehubungan itu, Pas mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang sangat penting ini, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi pada memberi laluan PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.
 FB Hadi
Pengumuman tersebut dibuat beliau menerusi satu perutusan khas yang diadakan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan semua platform media sosial.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul nak berusaha, startlah pada hari pertama penggal ke-14....
Waktu bukan penghalang.. yg penting usaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah layan gang penunggang agama ni. Tok Hadi sendiri kata Umno kafir....sekarang terhegeh nak perpaduan ummar bagai. Dah tau nak kalah kan. |
|
|
|
|
|
|
|
pikir kecewa dia je, kecewa rakyat tak peduli pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau last minit baru nak buat kerja pastilah boleh kecewa cer sejurus menang terus beri perkhidmatan terbaik mungkin pasti tak kesah bila2 masa pun nak diadakan pilihanraya |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang ke nk lepas jawatan duta? |
|
|
|
|
|
|
|
kecewa la elaun da xmasuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|