CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu 'Mengemis' Minta Pihak Produksi Bayar- Ramai Bodohkan Wan Maimunah Sebab Tak Minta Deposit, Berlakon Bayaran Tak Setimpal

11-10-2022 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1599| Komen: 11

Description: Wan Maimunah mendedahkan tidak pernah menerima bayaran setimpal dengan hasil kerja yang dilakukan meskipun merasakan dia layak mendapat lebih daripada apa diberikan pihak produksi.
Wan Maimunah mendedahkan tidak pernah menerima bayaran setimpal dengan hasil kerja yang dilakukan meskipun merasakan dia layak mendapat lebih daripada apa diberikan pihak produksi.

Tidak hanya itu, Wan Maimunah, 65, berkata, ada segelintir produksi turut bersikap culas membuat pembayaran sehingga adakalanya dia terpaksa 'menggemis' bagi mendapatkan haknya sebagai pelakon.

"Biasanya ibu (panggilan Wan Maimunah) memang tak ambil wang pendahuluan kerana bayarannya pun tidak seberapa tetapi itu pun ada yang liat hendak bayar sampai terpaksa meminta-minta.

Foto: Berita Harian

"Bayaran diberikan juga tak setimpal dengan usaha diberikan sampai pernah ibu minta tokok (tambah) dan tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai.


"Ada orang kata ibu bodoh, tetapi ibu bukan jenis kisah sangat kerana berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki dari Allah," katanya kepada mStar.

Tidak menyalahkan pihak produksi seratus peratus, Wan Maimunah bagaimanapun merayu agar penerbit lebih peka dan turun padang bagi mengambil tahu tentang perjalanan sesebuah projek agar tiada sesiapa yang teraniaya.

Pun begitu kata Wan Maimunah, dia sudah memaafkan dan menghalalkan semua pihak yang belum melunaskan bayaran kepadanya sebelum ini.

"Ibu merayu kepada penerbit turun padang intai-intai sama ada pengurus produksi lakukan kerja secara jujur atau sebaliknya.

"Rezeki semua terletak pada Allah, ibu tidak mahu buka aib sesiapa, tapi ibu sudah halalkan semuanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Maimunah akan berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi bagi mengerjakan ibadah umrah atas tajaan seorang individu yang tidak mahu dikenali.

Pelakon itu yang teruja bakal berangkat ke Makkah memberitahu dia bersyukur kerana ada pihak bermurah hati menajanya dan berharap dapat melakukan ibadah dengan baik sepanjang berada di sana. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 11-10-2022 09:35 AM
kalau keluar berita makcik ini mmg selalu cerita sedih aja ker camna ekkk...
kesian gakkk... jarang sgt keluar cerita dia happy2 kecuali masa kawin aritu la kejap kann...
Quote tikusmontok 11-10-2022 11:32 AM
Ada orang kata ibu bodoh, tetapi ibu bukan jenis kisah sangat kerana berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki dari Allah," katanya kepada mStar.


Dah kata jenis tak kisah sangat..buat apa bising2 ..puluh tahun cari makan dgn berlakon pun masih tak reti2 lagi sepak terajang dunia hiburan ni
Quote rosedemon 11-10-2022 11:59 AM
sian aci. fight for ut rights acik
Quote Acikgomen 11-10-2022 12:02 PM
In character betul heshe yach
Quote missHaidiD 11-10-2022 12:10 PM
Org tua ni hidup dia asik citr sedih je.
Naik rimas aku. Berenti je la berlakon . Kalau ada ank dok umah ank. Main2 dgn cucu . Kalau takde ank duk je umah org tua.tumpu ibadat
Quote bulalof 11-10-2022 12:12 PM
asyik nak laaa bersedey sambil heret semua org sedey dgn ko.

ingatkan bijaklah koje dah lama. takkan tak reti lagi kot?
Quote TabletSusu 11-10-2022 12:31 PM
missHaidiD replied at 11-10-2022 04:10 AM
Org tua ni hidup dia asik citr sedih je.
Naik rimas aku. Berenti je la berlakon . Kalau ada ank dok ...

dia mana ada anak. ada sedara je dia ada.. si lala tu
Quote shernazz 11-10-2022 12:51 PM
Biasa la
Orang produksi ni ada yang mcm.tu...
Selagi dia boleh potong duit..dia potong..bayo.lambat2..

Quote renko 11-10-2022 02:49 PM
nangis ajelah
apa susah
Quote ladybugz 11-10-2022 03:53 PM
kesian sungguh. i paham mcmana acik ni rasa. masa i buat part time dulu ade pegawai sengaja lengah2 kan payment i sampai almost 3 bulan. sedangkan pihak management tak tau apa2. i dah tanya pegwai tu byk2 kali mcm mengemis tp buat x tau. i dihentikan khidmat part time i pun tanpa apa2 text or makluman. i dpt tau dari staff lain. mmg sgt sedih n kecewa pd awalnya dpt layanan macam tu. tp i serahkan pada Allah jela org tu nk aniaya i n hina i.Years after kejadian tu, someone told me yg pegawai tu skrg tgh ada masalah mental skrg. kesian pulak i dgr. apepun jdkan peristiwa as tauladan. jgn aniaya org. takkan tenang hidup
Quote makadek 11-10-2022 03:59 PM
Ape miskin Sgt ke dia ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.046023 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top