CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Tan Sri Lumba Haram, Langgar Orang Sampai Retak Tengkorak Cuba 'Twist' Cerita Pula!

9-10-2022 10:04 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16887| Komen: 109|Original author: LilRose

Dua keluarga mangsa langgar lari meminta bantuan warganet mengesan pemandu Range Rover yang didakwa terbabit kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan pada pagi Sabtu.




Kredit foto: Twitter

Menurut ciapan pengguna Twitter dengan nama akaun @mdimrxn_, dia mendakwa adik kembarnya yang memandu Toyota Vios cedera parah dan terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya.

Manakala seorang wanita mendakwa adiknya yang duduk di kerusi penumpang tidak mengalami cedera teruk.








Kredit foto: Twitter

Mereka mendakwa mangsa dilanggar anak orang kenamaan yang berlumba di jalan raya.

Menerusi Instastorynya, Mohd Imran sertakan sekali rakaman kejadian apabila kereta dipandu kembarnya dirempuh sebuah Range Rover.

Dalam info terbarunya, dia nekad melawan pihak yang melanggar adiknya itu bagi mendapatkan keadilan untuk mangsa.

Dedahnya, pihak yang melanggar mangsa memanipulasi kebenaran dengan 'membuat cerita' yang tidak logik.








Kredit foto: Twitter

"Macam mana seorang mangsa (Range Rover) dibawa ke IJN? Masuk akal ke?

"Adik saya dengan dua lagi kawan terbabit dalam kemalangan itu apa cerita?

"Bila borak dengan orang korporat, they f-ing twist the story!

"Kenapa tak tunggu je ambulans angkut empat orang?" persoalnya.








Kredit foto: IG

Sementara itu, Majoriti melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor menerima laporan yang dibuat kedua-dua ahli keluarga mangsa.

Manakala Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan nahas membabitkan Toyota Vios, Range Rover dan Perodua Bezza terbabit.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Toyota Vios yang memandu di lorong tengah tiba-tiba dilanggar oleh Range Rover pada tepi sebelah kiri mengakibatkan kereta terbabit terbabas ke lorong kanan dan melanggar pembahagi jalan.

"Kereta jenis Bezza yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang Vios tersebut.

"Kesemua mangsa terlibat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan," katanya.


Kredit video: IG

Bukti rakaman kejadian dah ada, apa lagi nak ditemberangnya? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 9-10-2022 10:21 PM
Kesiannya. Babi manusia cmni
Quote Beribear 9-10-2022 10:21 PM
Wushh, ada 7 airbags pon still teruk gak impact dia. Remuk teruk vios tu. Cilanat tol kaki mabuk ni. Dah tu race pulak ko ye. Adoii vios kena install dashcam belakang gak lah camni. Harapkan yg depan tu tak cukup. Harap keadilan dpt di tegakkan & semua yg tercedera cepat sembuh
Quote .HannahMontana. 9-10-2022 10:23 PM
Kebenaran akan bercakap dengan sendiri .

xpayah try hard .

semoga adik ko cepat sembuh
Quote cheezel 9-10-2022 10:27 PM
Anak tansri chibai mana la ni. Byr denda terus lepas la ni

Semoga mangsa sembuh dan dapat keadilan
Quote lattehazelnut 9-10-2022 10:28 PM
Susahlah cable besar..
Cable kecik pun boleh lepas..
Mesti hold xbuat report sbb nak lepaskan ujian kencing..
Quote sharlenetexas 9-10-2022 10:29 PM
Anak tan sri mana ni?


Quote hareeeesah 9-10-2022 10:37 PM
kelly ke cin ke isle? Cari cari anak sapa
Quote bakingsoda 9-10-2022 10:38 PM
takde ke yg pandai check pemilik kete guna no plate? check ler BNT3 tu sape punya
Quote lattehazelnut 9-10-2022 10:46 PM
Edited by lattehazelnut at 9-10-2022 10:50 PM
hareeeesah replied at 9-10-2022 10:37 PM
kelly ke cin ke isle? Cari cari anak sapa


India mabuk jrg eksiden..
Pukul org ye..
Xsure diorg mabuk sgt xdrive, org lain drive kan, or functional alcoholic..
Quote Nham22 9-10-2022 10:46 PM
Ape. Lg csi forum.. Sila carik owner range rover
Quote mojarean_X 9-10-2022 10:49 PM
lattehazelnut replied at 9-10-2022 10:46 PM
India mabuk jrg eksiden..
Pukul org ye..
Xsure diorg mabuk sgt xdrive, org lain drive kan, or fict ...

Dulu my ex-boss india kalo dia mabuk dia akan lepak dulu dlm kereta smpi hilang mabuk baru blk
Quote bakingsoda 9-10-2022 10:51 PM
[youtube]iK_2MVlsTnI[/youtube]
Quote mehmet 9-10-2022 10:54 PM
Budak lagi ke ?
Quote Supersirap 9-10-2022 10:54 PM
Semoga sipelaku mendapat hukuman yang setimpal
Quote sharlenetexas 9-10-2022 11:00 PM
bakingsoda replied at 9-10-2022 10:51 PM

TS ni dah arwah kan?

Quote mehmet 9-10-2022 11:01 PM
Ikut itu cin² kan.
Quote naina 9-10-2022 11:06 PM
Semoga keadilan dapat ditegakkan. Janganlah nak twist2 bagai. Nak tau sangat anak Tan Sri mana
Quote she 9-10-2022 11:09 PM
RR vs Vios
Uiiiiiii memang lauk lerrrr
Quote borne 9-10-2022 11:19 PM
Nham22 replied at 9-10-2022 10:46 PM
Ape. Lg csi forum.. Sila carik owner range rover

https://www.mycarinfo.com.my/ISearch/Enquiry

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.125988 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top