CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ugut Rosakkan Kereta Jika Enggan Jadi Kekasih, Nak Kawan Lelaki Lain Pun Tak Boleh!

9-10-2022 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1893| Komen: 15

Seorang lelaki mengugut mahu mencedera dan merosakkan kenderaan milik wanita yang tidak mahu menjadi teman wanitanya dalam kejadian di Taman Ukay Perdana, di sini.


Tindakan lelaki berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 28 tahun pada 1 Oktober lalu.

"Mangsa mendakwa suspek datang ke rumahnya pada 6.30 petang dan memaksa mangsa keluar dari rumah. Suspek mengugut untuk mencederakan mangsa jika tidak mahu keluar berjumpa dengannya.


"Suspek tidak puas hati kerana pengadu tidak melayani kemahuannya untuk dijadikan teman wanita. Dia turut mengawal pergerakan mangsa dengan tidak membenarkan berkawan atau rapat lelaki lain.

"Suspek juga mengugut akan menarik atau mengapa-apakan mangsa dan kereta mangsa jika berjumpa di luar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan itu, Mohamad Farouk berkata, polis yang menjalankan siasatan menahan suspek di Bangsar Baru, Kuala Lumpur, kira-kira 9 malam, Jumaat lalu.

Katanya, suspek direman dua hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 9-10-2022 06:01 PM
Mesti perempuan ni dah kasik harapan kt lelaki tu
Quote Highflyer19 9-10-2022 07:18 PM
Belum apa2 dah nak control...
Quote adeqbun 9-10-2022 07:29 PM
Perawankota replied at 9-10-2022 06:01 PM
Mesti perempuan ni dah kasik harapan kt lelaki tu

Xsemestinya..ade je yg xlayan tp lkai saiko nak jugak terkejar2..
Quote MistrezHermanaz 9-10-2022 08:09 PM
Jgn kene santau udahler.. Polis pun kene pantau org camni, silap hari bulan, membunuh, byk kes dh sekrg
Quote mojarean_X 9-10-2022 08:15 PM
Lelaki ni masa blm dpt bkn main lg dia bersungguh2 tp bila dh dpt wat acuh tak acuh je
Quote umbut 9-10-2022 08:20 PM
Dah cam kes2 kat indon.. Pompuan x nak layan terus dendam kena rogol dan bunuh.. Sebab x nak layan
Quote Page88 9-10-2022 08:31 PM
Possessive, highly jealous, very controlling & too insecure & this guy is very dangerous at the end of the day. Such people should remain in jail forever. Because once he comes out of jail, he may harm her. This guy cannot be trusted. He is a psycho.
Quote LautBiru52 9-10-2022 08:31 PM
Adui seramnya kalau ada orang mcm ni dlm hidup kita. Serba serbi hidup dikawal
Quote Supersirap 9-10-2022 11:15 PM
Apa benda lah mental sangat perangai ni
Quote Knowlee 11-10-2022 07:49 AM
Psycho ni. Perempuan ni hidup dalam bahaya.
Quote batmana 11-10-2022 08:09 AM
Pindah rumah la..tukar kerja.tukar identiti..laki tu tkkn lepaskan dia ..bahaya ni..
Quote naina 11-10-2022 08:15 AM
Laki tu main dadah ke?
Bahayala..esok2 dia dendam lagi selagi tak dapat
Kena kurung jelah gamaknya
Quote chandrahusin 11-10-2022 08:24 AM
Mcm2 gila
Ptt la pempuan tu tak nak pun
Quote esbok 11-10-2022 12:22 PM
sesilap perempuan tu pun tak paham apa benda yang lelaki tu nak sgt kat dia, cantik tak cantik sangat, lagi sadis yang ni
Quote afie_m 11-10-2022 12:52 PM
seram macam ni, lps ni takut dendam pulak lelaki tu kat prempuan tu..bahaya..kena hati2 lah ..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.148476 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top