View: 1278|Reply: 15
|
Ugut Rosakkan Kereta Jika Enggan Jadi Kekasih, Nak Kawan Lelaki Lain Pun Tak Boleh!
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki mengugut mahu mencedera dan merosakkan kenderaan milik wanita yang tidak mahu menjadi teman wanitanya dalam kejadian di Taman Ukay Perdana, di sini.
Tindakan lelaki berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.
 Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 28 tahun pada 1 Oktober lalu.
"Mangsa mendakwa suspek datang ke rumahnya pada 6.30 petang dan memaksa mangsa keluar dari rumah. Suspek mengugut untuk mencederakan mangsa jika tidak mahu keluar berjumpa dengannya.
"Suspek tidak puas hati kerana pengadu tidak melayani kemahuannya untuk dijadikan teman wanita. Dia turut mengawal pergerakan mangsa dengan tidak membenarkan berkawan atau rapat lelaki lain.
"Suspek juga mengugut akan menarik atau mengapa-apakan mangsa dan kereta mangsa jika berjumpa di luar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bertindak atas laporan itu, Mohamad Farouk berkata, polis yang menjalankan siasatan menahan suspek di Bangsar Baru, Kuala Lumpur, kira-kira 9 malam, Jumaat lalu.
Katanya, suspek direman dua hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti perempuan ni dah kasik harapan kt lelaki tu |
|
|
|
|
|
|
|
Belum apa2 dah nak control... |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 9-10-2022 06:01 PM
Mesti perempuan ni dah kasik harapan kt lelaki tu
Xsemestinya..ade je yg xlayan tp lkai saiko nak jugak terkejar2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn kene santau udahler.. Polis pun kene pantau org camni, silap hari bulan, membunuh, byk kes dh sekrg |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki ni masa blm dpt bkn main lg dia bersungguh2 tp bila dh dpt wat acuh tak acuh je |
|
|
|
|
|
|
|
Dah cam kes2 kat indon.. Pompuan x nak layan terus dendam kena rogol dan bunuh.. Sebab x nak layan |
|
|
|
|
|
|
|
Possessive, highly jealous, very controlling & too insecure & this guy is very dangerous at the end of the day. Such people should remain in jail forever. Because once he comes out of jail, he may harm her. This guy cannot be trusted. He is a psycho. |
|
|
|
|
|
|
|
Adui seramnya kalau ada orang mcm ni dlm hidup kita. Serba serbi hidup dikawal |
|
|
|
|
|
|
|
Apa benda lah mental sangat perangai ni |
|
|
|
|
|
|
|
Psycho ni. Perempuan ni hidup dalam bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pindah rumah la..tukar kerja.tukar identiti..laki tu tkkn lepaskan dia ..bahaya ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki tu main dadah ke?
Bahayala..esok2 dia dendam lagi selagi tak dapat
Kena kurung jelah gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 gila
Ptt la pempuan tu tak nak pun |
|
|
|
|
|
|
|
sesilap perempuan tu pun tak paham apa benda yang lelaki tu nak sgt kat dia, cantik tak cantik sangat, lagi sadis yang ni |
|
|
|
|
|
|
|
seram macam ni, lps ni takut dendam pulak lelaki tu kat prempuan tu..bahaya..kena hati2 lah .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|