Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid mengikut jejak langkahnya dengan menjadikan bidang nyanyian sebagai pilihan kerjaya.
Ibu kepada dua orang anak itu sebaliknya lebih gemar sekiranya Siti Aafiyah, 4, yang mesra dengan panggilan Aafiyah memilih untuk menjadi seorang ahli perniagaan apabila dewasa kelak. Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak menolak sekiranya Aafiyah dikurniakan bakat nyanyian dan memilih untuk menjadi seorang penyanyi. “Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka mempunyai kerjaya yang terbaik, sudah tentu ayah dia (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) mahu Aafiyah menjadi ‘business women’ dan meneruskan perniagaan yang ada.
“Namun sekiranya bakat dia luar biasa (dalam bidang nyanyian), saya rasa yang penting adalah ketahanan mental dan fizikal sebab saya sendiri sudah melalui sepanjang tempoh 26 tahun menjadi anak seni. “Saya bersyukur telah dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapa dan berjaya mengharungi cabaran bergelar anak seni,” katanya ketika menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan menyokong minat anaknya itu.
|
katnissE replied at 7-10-2022 07:31 PM
Tak perlulah nak Megah Holding anak take over bisnes bagai.
Anak Tok K pun tak take over bisnes bapa ...
ADVERTISEMENT