CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semua Yang Berlaku Adalah Ujian Keimanan, Farid Kamil Tak Menyesal

7-10-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2359| Komen: 19

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, 41, tidak menyesal dengan perkara yang terjadi dalam hidupnya kerana percaya setiap manusia akan menerima ujian.

Farid menyifatkan dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh mahkamah serta gelaran Datuk ditarik balik adalah ujian Allah untuk tahap keimanannya.

"Ada banyak perkara positif yang dilalui saya sekarang antaranya berlakon di Indonesia dengan Christine Hakim dan Acha Septriasa dalam sebuah filem.


IG Farid

"Dalam al-Quran ada menyebut, bagaimana seseorang itu boleh mengaku dirinya beriman sedangkan dia tidak diuji?" katanya.


Menurutnya, dia boleh menghadapi situasi terbabit di dalam kemampuannya.

"Saya bukan saja rasa tapi nampak perkara itu berlaku di depan mata. Itu menunjukkan bahawa ujian yang diberikan kepada saya, mampu atau tidak saya tanggung.

"Dan juga adakah keimanan saya cukup untuk saya bertanggungjawab di atas apa yang terjadi? Mungkin saya dah buat banyak perkara baik tapi saya tak boleh mengaku saya cukup beriman selagi tidak diuji. Maka ujian itu memberi satu perspektif yang baru dalam hidup saya secara menyeluruh," katanya.

Terdahulu pada 23 Ogos 2021, Farid dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis, dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, empat tahun lalu.

Farid juga dipenjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap mangsa yang sama pada masa dan tempat sama, mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Namun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak iaitu Farid hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan.

Bagaimanapun, berikutan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.




Farid kini tampil mempromosikan filem Remp-it 2 yang akan ditayangkan pada 24 November ini.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-10-2022 03:56 PM
Oh mudahnya letak all the blame on God. Mendadih pon sbb tuhan nak uji. Tumbuk polis pon sbb tuhan nak uji.
Quote TabletSusu 7-10-2022 03:59 PM
LadyCarefree replied at 7-10-2022 07:56 AM
Oh mudahnya letak all the blame on God. Mendadih pon sbb tuhan nak uji. Tumbuk polis pon sbb tuhan n ...

biasalah org mcmni.. semua pun dia yang betul.. orang lain semua salah.. termasuk tuhan
Quote lasagna 7-10-2022 04:04 PM
tak tak skrg ni apa motip dia p sambung cite rempit ni? aduhhhh.
Quote bynroslan 7-10-2022 04:07 PM
tak cukup hero dah ke Malaysia ni nak jugak amik si poyo ni? relaven lagi ke flem tema rempit kaki bohsia ni??
Quote LadyCarefree 7-10-2022 04:11 PM
bynroslan replied at 7-10-2022 03:07 PM
tak cukup hero dah ke Malaysia ni nak jugak amik si poyo ni? relaven lagi ke flem tema rempit kaki b ...


Dah dia penerbit dan pengarah. Dana finas. Kan? Jangan lupa bini dan anak pun berlakon sekali.
Quote jijilaaa 7-10-2022 04:12 PM
fk dah leh bawak watak ayah2 dah..btw dd ialah isteri y sngat sabar dan setia ye...
Quote bynroslan 7-10-2022 04:16 PM
LadyCarefree replied at 7-10-2022 08:11 AM
Dah dia penerbit dan pengarah. Dana finas. Kan? Jangan lupa bini dan anak pun berlakon sekali.

Patutlahhh
Quote ezacbee 7-10-2022 04:19 PM
Oo boleh ek tukar hukuman penjara dengan bayar denda je. Sikit lak denda tu. Dahler pukul maki orang.

Title datuk dah kena tarik kannn
Quote musangbodoh 7-10-2022 04:37 PM
aku ske madi.....hidup rempit
Quote lattehazelnut 7-10-2022 04:39 PM
So kira anak 1st n 2nd dia sume luar nikah la ek
Ke ade mencret tempat lain lg
Quote likilu 7-10-2022 07:05 PM
Ingatkan ujian anak pelakon iras muka dia tadi
Quote Adrif 7-10-2022 07:41 PM
btw, kenapa dia proceed dengan poster tu eh

better tukar pose lain.. poster tu nampak sangat.. kurang..
Quote shiraloveyou 7-10-2022 07:53 PM
kowser nak pegi tgk filem ni..lgpun tak pernah minat FK dari dulu lg....drama tv kalau ade heols confirm iols skip walaupun heroin bes..maybe sebab mata iols tak nampak celah mana ketampanan heols
Quote slyfynx 7-10-2022 09:00 PM
Tunggang selagi boleh
Quote seripahzeripah 8-10-2022 06:46 AM
Btw iols suka tengok dd dlm mas departure safety briefing video tu..cantik gilosss
Quote cm_vungtau 8-10-2022 07:32 AM
Dia ni memang turn off betul kalau jadi hero. Padahal buku Budak Setan tu memang remaja zaman dulu gilakan betul. Lepas dia ni yang jadi hero, terus cerita tu turn off habis. Ada scene dia close up, siap muka berkawah gila. Teruk betul hero2 kat Malaysia ni.
Quote Minami2013 8-10-2022 07:45 AM
Umur dah 41 tahun kot.. ada lagi ke umur gini merempit. Biase umur gini join konvoi motorbike je jln2 cari mkn

Quote matbad 8-10-2022 09:40 AM
buat lagi benda yg xbetol dlm hidup. ozlynn aman2 jah dpt besarkan hanak dgn helok. dia ni dgn hukumn bagai. rasainn looo
Quote orkid_amani 8-10-2022 09:53 AM
Kifarah kot naa dia abaikn ank dia tu..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.052740 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top