View: 1852|Reply: 19
|
Semua Yang Berlaku Adalah Ujian Keimanan, Farid Kamil Tak Menyesal
[Copy link]
|
|
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, 41, tidak menyesal dengan perkara yang terjadi dalam hidupnya kerana percaya setiap manusia akan menerima ujian.
Farid menyifatkan dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh mahkamah serta gelaran Datuk ditarik balik adalah ujian Allah untuk tahap keimanannya.
"Ada banyak perkara positif yang dilalui saya sekarang antaranya berlakon di Indonesia dengan Christine Hakim dan Acha Septriasa dalam sebuah filem.
IG Farid
"Dalam al-Quran ada menyebut, bagaimana seseorang itu boleh mengaku dirinya beriman sedangkan dia tidak diuji?" katanya.
Menurutnya, dia boleh menghadapi situasi terbabit di dalam kemampuannya.
"Saya bukan saja rasa tapi nampak perkara itu berlaku di depan mata. Itu menunjukkan bahawa ujian yang diberikan kepada saya, mampu atau tidak saya tanggung.
"Dan juga adakah keimanan saya cukup untuk saya bertanggungjawab di atas apa yang terjadi? Mungkin saya dah buat banyak perkara baik tapi saya tak boleh mengaku saya cukup beriman selagi tidak diuji. Maka ujian itu memberi satu perspektif yang baru dalam hidup saya secara menyeluruh," katanya.
Terdahulu pada 23 Ogos 2021, Farid dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis, dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, empat tahun lalu.
Farid juga dipenjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap mangsa yang sama pada masa dan tempat sama, mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.
Namun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak iaitu Farid hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan.
Bagaimanapun, berikutan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.
Farid kini tampil mempromosikan filem Remp-it 2 yang akan ditayangkan pada 24 November ini.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh mudahnya letak all the blame on God. Mendadih pon sbb tuhan nak uji. Tumbuk polis pon sbb tuhan nak uji. |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah org mcmni.. semua pun dia yang betul.. orang lain semua salah.. termasuk tuhan
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tak skrg ni apa motip dia p sambung cite rempit ni? aduhhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup hero dah ke Malaysia ni nak jugak amik si poyo ni? relaven lagi ke flem tema rempit kaki bohsia ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
bynroslan replied at 7-10-2022 03:07 PM
tak cukup hero dah ke Malaysia ni nak jugak amik si poyo ni? relaven lagi ke flem tema rempit kaki b ...
Dah dia penerbit dan pengarah. Dana finas. Kan? Jangan lupa bini dan anak pun berlakon sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
fk dah leh bawak watak ayah2 dah..btw dd ialah isteri y sngat sabar dan setia ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Oo boleh ek tukar hukuman penjara dengan bayar denda je. Sikit lak denda tu. Dahler pukul maki orang.
Title datuk dah kena tarik kannn |
|
|
|
|
|
|
|
aku ske madi.....hidup rempit |
|
|
|
|
|
|
|
So kira anak 1st n 2nd dia sume luar nikah la ek
Ke ade mencret tempat lain lg |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan ujian anak pelakon iras muka dia tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
btw, kenapa dia proceed dengan poster tu eh
better tukar pose lain.. poster tu nampak sangat.. kurang.. |
|
|
|
|
|
|
|
kowser nak pegi tgk filem ni..lgpun tak pernah minat FK dari dulu lg....drama tv kalau ade heols confirm iols skip walaupun heroin bes..maybe sebab mata iols tak nampak celah mana ketampanan heols |
|
|
|
|
|
|
|
Btw iols suka tengok dd dlm mas departure safety briefing video tu..cantik gilosss |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni memang turn off betul kalau jadi hero. Padahal buku Budak Setan tu memang remaja zaman dulu gilakan betul. Lepas dia ni yang jadi hero, terus cerita tu turn off habis. Ada scene dia close up, siap muka berkawah gila. Teruk betul hero2 kat Malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur dah 41 tahun kot.. ada lagi ke umur gini merempit. Biase umur gini join konvoi motorbike je jln2 cari mkn
|
|
|
|
|
|
|
|
buat lagi benda yg xbetol dlm hidup. ozlynn aman2 jah dpt besarkan hanak dgn helok. dia ni dgn hukumn bagai. rasainn looo |
|
|
|
|
|
|
|
Kifarah kot naa dia abaikn ank dia tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|