Selepas mengalami kecederaan pada lutut kiri, penyanyi Afieq Shazwan memberitahu dia kini tidak lagi mampu melakukan aktiviti lasak seperti dahulu.
Kata Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, insiden tidak diduga itu berlaku sewaktu dia melakukan aktiviti sukan badminton bersama rakan-rakan, baru-baru ini. “Masa mulanya saya ingatkan lutut saya ni tiada apa pun, ingat terkehel atau terseliuh tapi bila berjumpa doktor esoknya lutut saya mula membengkak. Kemudian bila bangun pagi nak pijak lantai rasa lutut tidak lagi macam dulu. “Saya rasa lain macam sebab lutut pada ketika itu tidak berada di posisi yang betul dan bergerak-gerak... saya terkena kecederaan ini dua minggu lalu sewaktu bermain badminton bersama beberapa rakan artis yang lain,” kata Afieq kepada mStar.
|
KamikuP replied at 6-10-2022 11:25 AM
Terkelaur pun bole ye... taip cpt sgt nak gi berak ke haper wartawan oii?
ADVERTISEMENT