View: 1188|Reply: 7
|
Lutut Afieq Shazwan Terkeluar, Dah Tak Boleh Lincah Macam Dulu
[Copy link]
|
|
Selepas mengalami kecederaan pada lutut kiri, penyanyi Afieq Shazwan memberitahu dia kini tidak lagi mampu melakukan aktiviti lasak seperti dahulu.
Kata Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, insiden tidak diduga itu berlaku sewaktu dia melakukan aktiviti sukan badminton bersama rakan-rakan, baru-baru ini.
Foto: IG
“Masa mulanya saya ingatkan lutut saya ni tiada apa pun, ingat terkehel atau terseliuh tapi bila berjumpa doktor esoknya lutut saya mula membengkak. Kemudian bila bangun pagi nak pijak lantai rasa lutut tidak lagi macam dulu.
“Saya rasa lain macam sebab lutut pada ketika itu tidak berada di posisi yang betul dan bergerak-gerak... saya terkena kecederaan ini dua minggu lalu sewaktu bermain badminton bersama beberapa rakan artis yang lain,” kata Afieq kepada mStar.
Dalam pada itu, Afieq berkata kecederaan pada lututnya ini turut memberi kesan kepada kerjaya seninya sebagai pelakon dan penyanyi.
“Kalau dulu saya boleh aktif dan boleh melompat dan berlari sambil naik ke pentas... tetapi sekarang tidak lagi! Baru baru ini saya ada pergi ke Johor untuk persembahan, semasa nak naik tangga pentas saya pegang lutut sebab sakit tapi masih teruskan menyanyi.
“Pada waktu tu baru sedar yang saya cedera pada lutut, kadang-kadang terlupa sebab ingat sihat,” ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Terkelaur pun bole ye... taip cpt sgt nak gi berak ke haper wartawan oii? |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 6-10-2022 11:25 AM
Terkelaur pun bole ye... taip cpt sgt nak gi berak ke haper wartawan oii?
Haha |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha terkelaur pun boleyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
umo 25 baby face lagi dia ni
orang jenis gini macam artis luar negara. umo 20-an muka muda-muda, berlakon movie romantik, action gitu. tiba2 naik umo 30-an, boom. muka dia terus matang, saham meletup-letup.
tapi tak tau la. ni Malaysia. umo 30 je, boom. rambut yang botak, salam takziah
anyway, bertabah lah dik. aku dulu pun kuat bersukan masa muda. paling suka joging. takpun berjalan laju pusing stadium. one day lutut injured masa berlari, tak boleh bengkok 2-3 bulan. waktu tu umo 23-24 kot. sampai la sekarang, dah tak boleh bersukan macam biasa. kadang2 berjalan pun sakit. paling siksa, waktu solat. nak lipat kaki time duduk tahiyat tu rasa nak menangis. Tuhan dah tarik balik nikmat solat secara biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Same wit me 3 minggu lps
main futsal salah landing tulang
lutut beralih 3 hari bengkak
ni da ok sket doktor suspek
ligamen acl koyak |
|
|
|
|
|
|
| |
|