Di Twitter panas dengan isu seorang lelaki yang mahu berpoligami tapi menyusahkan orang lain. Ciapan @kertasgraf memaparkan video milik seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Jefri.
“Tunggang selagi boleh tunggang. Dasar kel… Kesian isteri dapat laki macam ni. Dasar tak sedar diri,” tulisnya. Dalam rakaman tersebut menunjukkan tangkap layar gambar mesej perbualan antara adik-beradik.
Berdasarkan perbualan dalam mesej berkenaan, salah seorang adik-beradik pemilik video yang dikenali dengan nama Si Dungu (berdasarkan nama yang tertera pada mesej perbualan) ini ingin berkahwin lagi satu. Tanpa rasa segan silu individu tersebut menghantar mesej kepada isteri dan juga adik-beradik untuk menaja majlis atas nama mengikut sunnah dan agama. “Awak nak taja apa, suami awak nikah ni. Awak kan T20. Jutawan. Nak kasi 10k ke 20k. Untuk suami nikah ni. Suami nak ikut syariat Islam ni. Nak halalkan lelaki perempuan secara sah,” Mesej individu berkenaan kepada isterinya. “Kalau seorang kasi 4k seorang. Adik-beradik ada 13 orang. Tolak saya seorang. Jadi 12 orang taja. Pakat adik-beradik orang kata. Yang T20 keatas tu kasi lebih tak apa. 12 orang x RM4K = RM48k. Taja dari adik-beradik. Ok dah. Alhamdulillah.” tulisnya kepada adik beradik pula. Di ruangan komen rata-rata pengguna media sosial mengecam dan mengkritik sikap individu berkenaan. Apatah lagi individu tersebut terang-terangan menggunakan nama agama demi kepuasan nafsu untuk berpoligami dan tidak memiliki sifat malu sehingga sanggup meminta duit dari isteri serta ahli keluarga untuk majlis perkahwinannya. “Berapa banyak pil kuda yang dia telan ni? Dia punya pergi lain macam.” “Dah kalau tak mampu tu tak payah lah nak gatal kahwin lagi satu musib*t!” “Hm pakai nama agama nak menutup gatal. Mati je lah bang. Tak payah celup dah. Tambus je.” “Si*l lah nak kahwin minta orang taja.” “Dasar jantan tak guna. Sedap ja tunggang agama demi nafsu binatang kau. Adik-beradik dah tegur pun tak faham bahasa. Nak tunjuk dia lah ustaz yakin tempat duduk kelas pertama dekat syurga. Jijiklah guna agama demi nafsu.” “Ni pertama kali aku tengok penunggang yang paling menunggang secara terang-terangan tanpa rasa malu.” “Bod*h je. Betul lah orang kata tak menang bercakap dengan orang tak berilmu ni.” “Dia nak syok, orang nak kena bayar.” Apa pendapat anda? -CARI via Twitter Ingin bina mahligai tetapi menolak tepi teguran ahli keluarga, malah sanggup pula meminta adik-beradik serta isteri untuk menanggung perbelanjaan majlis atas nama agama. Apa pandangan anda tentang isu ini?
|
kucingitam replied at 5-10-2022 04:21 PM
ni content tik tok je ke caner ni..
ifanonline replied at 5-10-2022 04:56 PM
orang melayu suka minta duit utk kawin...especially anak2 melayu meminta duit dr ibubapa
ADVERTISEMENT