CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4084|Reply: 42

"Dasar Kelantan"- Nak Poligami Tapi Menyusahkan Orang, Minta Duit Isteri Dan Adik-Beradik Untuk Taja Majlis Kahwin

[Copy link]
Post time 5-10-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Di Twitter panas dengan isu seorang lelaki yang mahu berpoligami tapi menyusahkan orang lain.


Ciapan @kertasgraf memaparkan video milik seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Jefri.


“Tunggang selagi boleh tunggang. Dasar kel… Kesian isteri dapat laki macam ni. Dasar tak sedar diri,” tulisnya.





Dalam rakaman tersebut menunjukkan tangkap layar gambar mesej perbualan antara adik-beradik.


Berdasarkan perbualan dalam mesej berkenaan, salah seorang adik-beradik pemilik video yang dikenali dengan nama Si Dungu (berdasarkan nama yang tertera pada mesej perbualan) ini ingin berkahwin lagi satu.


Tanpa rasa segan silu individu tersebut menghantar mesej kepada isteri dan juga adik-beradik untuk menaja majlis atas nama mengikut sunnah dan agama.





“Awak nak taja apa, suami awak nikah ni. Awak kan T20. Jutawan. Nak kasi 10k ke 20k. Untuk suami nikah ni. Suami nak ikut syariat Islam ni. Nak halalkan lelaki perempuan secara sah,” Mesej individu berkenaan kepada isterinya.


“Kalau seorang kasi 4k seorang. Adik-beradik ada 13 orang. Tolak saya seorang. Jadi 12 orang taja. Pakat adik-beradik orang kata. Yang T20 keatas tu kasi lebih tak apa. 12 orang x RM4K = RM48k. Taja dari adik-beradik. Ok dah. Alhamdulillah.” tulisnya kepada adik beradik pula.


Di ruangan komen rata-rata pengguna media sosial mengecam dan mengkritik sikap individu berkenaan.




Gambar hiasan




Apatah lagi individu tersebut terang-terangan menggunakan nama agama demi kepuasan nafsu untuk berpoligami dan tidak memiliki sifat malu sehingga sanggup meminta duit dari isteri serta ahli keluarga untuk majlis perkahwinannya.


“Berapa banyak pil kuda yang dia telan ni? Dia punya pergi lain macam.”


“Dah kalau tak mampu tu tak payah lah nak gatal kahwin lagi satu musib*t!”


“Hm pakai nama agama nak menutup gatal. Mati je lah bang. Tak payah celup dah. Tambus je.”


“Si*l lah nak kahwin minta orang taja.”


“Dasar jantan tak guna. Sedap ja tunggang agama demi nafsu binatang kau. Adik-beradik dah tegur pun tak faham bahasa. Nak tunjuk dia lah ustaz yakin tempat duduk kelas pertama dekat syurga. Jijiklah guna agama demi nafsu.”


“Ni pertama kali aku tengok penunggang yang paling menunggang secara terang-terangan tanpa rasa malu.”


“Bod*h je. Betul lah orang kata tak menang bercakap dengan orang tak berilmu ni.”


“Dia nak syok, orang nak kena bayar.”


Apa pendapat anda? -CARI




via Twitter
Ingin bina mahligai tetapi menolak tepi teguran ahli keluarga, malah sanggup pula meminta adik-beradik serta isteri untuk menanggung perbelanjaan majlis atas nama agama. Apa pandangan anda tentang isu ini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 04:18 PM | Show all posts
Huntong la nk menyedap pun minta org sponsor.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 04:21 PM | Show all posts
ni content tik tok je ke caner ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 04:46 PM | Show all posts
bodohnya la hai
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 04:47 PM | Show all posts
senangnya hidup mintak tajaan je koje
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 04:53 PM | Show all posts
dulu ada sedara aku ore klate, dtg Kl bawa pekerja dia, pompuan,

dah kawin dia cakap laki dia ada 2 bini,  dulu dia kerja kedaimakan, kadang2 laki dia dtg minta duit sebab nak bg anak2 dgn bini pertama...

reaksi aku ada 2

1st wah kagum dgn ketaatan si isteri kepada suami

2 , eh k oni dah di pergunakan o;leh si suami ni

tp itu la, pompuan tu pn, tak lawa sgt, mgkn dia rasa, kalo dia tak buat cam tu laki dia tak sayang, atau takut kene tinggal... bukan wa nak body shaming, tp itu yg wa nampak

kalo pompuan lawa , berpendidikan, dan berkerjaya,  ko buat cam tu mmg kene starlight kt dahi dan kena tinggal lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2022 04:55 PM | Show all posts
Kalau betul wujud orang jenis tak malu macam ni, ya Allah, rasa nak teranjang ja.
Jenis otak takde
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 04:56 PM | Show all posts
orang melayu suka minta duit utk kawin...especially anak2 melayu meminta duit dr ibubapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
12 org kasi lempang lah lelaki miang itu dgn bakal bini pun kasi lempang
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:31 PM | Show all posts
macam ada bau hasanah..
kalau i ada adik beradik gini, memang i sembur pastu kick terus je dari group..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahekk mateyy jer lahhh nak poligami tapi x mampu. Baik mampus je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
yg plg bodo bini dia.. Knp still nk stay ngn laki kedai dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan ramai sangat pon family yg ada 13 beradik ni, takkan la takde org yg kenal, ntah2 hasanah je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 06:29 PM | Show all posts
talkin (dibaca)

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin.. kawin. Melayu pasal bab celah kangkang @ pasang cawangan mmg cepat? Lepas tu anak2 suruh cikgu discipline kan?  Anak2 buas cam berok
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 5-10-2022 04:21 PM
ni content tik tok je ke caner ni..

Kalau tengok komen macam yang upload tu sibling yang nak kahwin ni. Part 2 video tuan tiktok tunjuk reply dari dia kepada yang nak kahwin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 08:40 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hamboi. sendiri nk bersedap halal. org lain pulak kene tanggung. gitu ajaran islam?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm forumer sorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 5-10-2022 04:56 PM
orang melayu suka minta duit utk kawin...especially anak2 melayu meminta duit dr ibubapa

Bukan saja ibu bapa, adik beradik pun suruh sponsor. Yela yang ikhlas bagilah abang kakak yang gaji stabil. Tapi tak molek la kalau anak lelaki kawen tapi duit hantaran pun mak bapak sponsor. Hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.214741 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list