CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaclyn Victor Sinus Teruk, Derita Masalah Hidung Bengkok Sampai Kacau Suara Dan Nyanyian

5-10-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2070| Komen: 18

Jacyln Victor mendedahkan mempunyai masalah hidung bengkok yang memberi kesan kepada suara dan nyanyiannya.

Jac atau Jacyln Joshuar Thanaraj Victor, 44, berkata sejak kebelakangan ini hidungnya menjadi terlalu sensitif kepada persekitaran.


Foto: IG


"Hidung saya memang terlalu bengkok tetapi selama ini tidak mempunyai masalah.

"Bila saya membuat pemeriksaan, doktor memberitahu hidung saya terlalu sensitif kepada persekitaran seperti asap rokok, vape, habuk dan tidak boleh sejuk," katanya kepada mStar.



Jac ditemui di sidang media minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Menurut Jac, masalah hidungnya itu semakin teruk lebih-lebih lagi ketika dia berada di tempat sejuk.

Selepas membuat pemeriksaan, masalah sinus dihidapi olehnya menjadi semakin teruk hingga menghimpit bahagian tepi hidung.



"Bila saya berada di tempat yang sejuk, sinus itu akan menjadi kembang dan membuatkan ia makin terhimpit.

"Saya tidak selesema, tetapi memang suara saya kedengaran seperti sedang mengalami selesema," jelasnya.

Sementara itu, Jac berkongsi doktor telah memberikan ubat-ubatan dan menasihatinya untuk berjumpa pakar bedah bagi mendapatkan rawatan seterusnya.



"Doktor menjelaskan tempoh sembuh selepas pembedahan mungkin memakan masa sehingga tiga minggu.

"Apa-apa pun saya perlu berjumpa dengan pakar bedah untuk berbincang. Tapi, kalau tempoh penyembuhan mengambil masa selama tiga minggu takut juga tu," tambahnya.

Untuk info, Datuk Shafinaz Selamat pernah beberapa kali memberi komen terhadap lontaran suara Jac yang dikatakan mempunyai masalah kerana masalah yang dihadapinya itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 5-10-2022 12:15 PM
ada eh idung bengkok. xnmpk bgkok pon jac
Quote esbok 5-10-2022 12:24 PM
bila bengkak sempit dalam hidung, mmg semput juga
Quote nicolebaby 5-10-2022 12:25 PM
Alaaaaa tau lah shilala kelemahan Jaq....awas
Quote tepisket.. 5-10-2022 12:31 PM
nicolebaby replied at 5-10-2022 12:25 PM
Alaaaaa tau lah shilala kelemahan Jaq....awas

Shila tu pon ada semput teruk.. ingat x masa dia masuk pertndingan kat china dulu. Sampai amik gas sebab semput..
Quote noor2 5-10-2022 12:34 PM
Akak selalu ikuti nyanyian shila secara live dipertandingan China tu....suara dia x best pun akak dgr...entahlah ..rasa mcm masih jauh kurang dgn CT San JAC...
Quote salimrock 5-10-2022 12:46 PM
kalo dah takleh nyayi,tunggu je la royalti dari MACP dan U music,

untung pemuzik, tak macam pemain bola dan pelakon...
takde royalti
Quote Knowlee 5-10-2022 05:00 PM
Siapa yang menghidap sinusitis ni tahulah macam mana bila dia jadi teruk. Time operate, doktor akan buang semua lendir dlm sinus tu, polyps, betulkan tulang hidung, then maybe akan tebuk sikit dalam hidung tu supaya nanti senang nak manage selsema. I operate 2019, alhamdulillah sampai sekarang hidung kurang tersumbat. Cuma kena jaga betul2, jgn dekat dgn org yg selsema dan batuk, org yg merokok/vaping, asap-asap bakar sampah ke apa ke, sebab senang kena infection.
Quote LembingDayanti 5-10-2022 05:13 PM
alasan nak kalah gv la tu... hahahahahah aku rasa shila yg menang ni
Quote 7doors 5-10-2022 05:18 PM
rosedemon replied at 5-10-2022 12:15 PM
ada eh idung bengkok. xnmpk bgkok pon jac

Ada wak...hidung sy pun bengkok..n senang dapat sinus...masa muda2 dulu xda la kacau sangat ok jah..skrg ni ada je benda trigger sinus tu sensitif sngt hidung ni
Quote ghalibboy 5-10-2022 05:23 PM
My son experienced this....hidung bengkok dan ada juga something dlm hidung...selalu berbunyi  bila bernafas. Sekarang dah operate  utk betulkan hidung kali...
Quote ghalibboy 5-10-2022 05:24 PM
7doors replied at 5-10-2022 05:18 PM
Ada wak...hidung sy pun bengkok..n senang dapat sinus...masa muda2 dulu xda la kacau sangat ok jah ...

Sorry tertekan report pula...actually kalau consult doctor, mungkin boleh buat surgery utk betulkan keadaan
Quote rayna_raynes 5-10-2022 05:30 PM
Kwn meols baru bulan lepas buat operation ni. Doktor siap offer betulkan hidung sheols sbb kena buang tulang bengkok tu dan masukkan tulang (?) lain. Huntunglah sheols dapat nosejob halal
Quote budakshinchan 6-10-2022 09:42 AM
x best pon jac nyanyi.. sebutan patah lagu terstop2 buat rasa nginser dengar.. Alleycats more better.. walopon depa jenis membaca lirik (sbb x fasih BM) tapi xde la bunyik mcm merangkak baca.. sedap je dengonya..
Quote TabletSusu 6-10-2022 09:57 AM
sejak dr malaysian idol dia nyanyi suara gitu kan. dah makin berumo ni, makin x ngam aku dgr suara dia ni
Quote dekmieDandy 6-10-2022 02:48 PM
memang kena operate ni

officemate iolls pun masalah sama

kena operate hidung dia, jadi 'tinggi' sikit, tapi tak nampak sangat la
Quote MadameOnion 6-10-2022 03:16 PM
harap jac menang gv..takmau xilalat
Quote Mary_jane 6-10-2022 03:31 PM
Ajai dulu operate sebab yang sama ke? Macam ada plak terkecam dia dulu.
Quote AnnaSendin 6-10-2022 09:46 PM
Harap jac menang jugeks. minat tengok jac.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.037655 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top