CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memandai Je, Siapa Kata Langkawi Tiada Pelancong?

5-10-2022 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3162| Komen: 32

LANGKAWI – Dakwaan mengatakan Pulau Langkawi sudah tidak lagi menjadi tumpuan percutian ternyata meleset apabila jumlah pengunjung ke lokasi peranginan itu mencatatkan kemasukan 250,000 orang pada bulan lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, jumlah pelancong yang dicatatkan itu melebihi kemasukan pada bulan sebelumnya iaitu seramai 208,069 orang.

Katanya, jumlah pelancong sepanjang tahun ini sehingga bulan lalu pula adalah seramai 1.8 juta orang.

“Data tersebut dikumpul setiap hari melalui semua pintu masuk Langkawi,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian 8th World Carrom Championship 2022 di sini kelmarin.

Foto: Kosmo


Menurutnya, angka-angka berkenaan membuktikan bahawa kedatangan pelancong tidak berkurangan di Langkawi seperti yang digembar-gemburkan pihak tertentu.

“Pulau Langkawi terus me­nerima jumlah kemasukan pelancong yang memberangsangkan,” ujarnya.

Sementara itu, Nasaruddin memberitahu, pertandingan karom itu disertai 250 peserta dari 18 buah negara seperti Bangladesh, Perancis, Jerman, India, Itali, Korea, Maldives, Nepal, Poland dan Amerika Syarikat.

“Ada dalam kalangan peserta yang membawa keluarga mereka bersama untuk menyertai kejohanan selama lima hari bermula semalam (kelmarin).

“Ini sekali gus membantu menyemarakkan lagi industri pelancongan di Langkawi,” jelasnya.

Beliau turut mengumumkan untuk menaja tiket masuk ke kereta kabel Langkawi SkyCab kepada semua peserta kejohanan itu sekiranya mereka berjaya mencapai 50 ‘slam’, atau menghabiskan perlawanan dengan hanya satu petikan sahaja.

Kebiasaannya, satu kejohanan karom antarabangsa akan merekodkan kira-kira 30 ‘slam’ sepanjang pertandingan diadakan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 5-10-2022 10:03 AM
Baguslah. Lepas ni xrasaa bersalah cuti thailand kap sawadikap kap kung kap
Quote Highflyer19 5-10-2022 10:06 AM
Jgn risau langkawi tetap pilihan pelancong dlm dan luar negara...
Quote supernaturalee 5-10-2022 10:46 AM
ye lah
berita sblm ni mcm propa je
ada kenalan duk sana kata by weekend je meriah mcm dulu
tp bab harga naik tu mmg ye
Quote becir 5-10-2022 10:53 AM
So bolehla rakyat Malaysia tanpa Rasa bersalah bercuti ke rumah kedua: Thailand and turkiye

Quote kakikuDibibirmu 5-10-2022 10:57 AM
@Skuau tersenyum sinis dengan pelancong Rohingya
Quote Skuau 5-10-2022 11:00 AM
kakikuDibibirmu replied at 5-10-2022 10:57 AM
@Skuau tersenyum sinis dengan pelancong Rohingya {:mllaugh ...

Syukur...kapal karam..kalau tak...bertambah la 'pelancong rohingya' ni mai..
Quote Nnasda53 5-10-2022 11:07 AM
Nama pun kawasan pelancongan mesti la ada org .
Quote scorpionkiki 5-10-2022 11:08 AM
Tak ada mendanya orang ke langkawi?  Pelancung punya ramai sampai habis segala benda yg kita nak beli. Coklat, minyak gamat mrmanjang habis. Org langkawi nak beli pun selalu habis.
Quote Orix 5-10-2022 11:54 AM
tengok lah Langkawi sapa jaga
Quote msdummy.2018 5-10-2022 12:08 PM
Ok koranggg..truskan melancong kat hatyai yaaaa..
Quote Kak-Rohana 5-10-2022 12:11 PM
Baguslah.. tekan lah pulak pelancong luar. Tu yg korang nak sangat kan? Hotel takde private beach harga 500 ke atas.. apo? Dah la pantai ada obor2 dek!
Quote gorjeous 5-10-2022 12:14 PM
Langkawi masih berbisaa...
Quote rosedemon 5-10-2022 12:21 PM
nohhh rokiahhh jom melancong ke siam lagi berbaloi
Quote seripahzeripah 5-10-2022 01:56 PM
becir: So bolehla rakyat Malaysia tan ...


Jangan dilupakan indon bali juaaa..
Quote ctaz 5-10-2022 02:44 PM
serba serbi mahe kat langkawi ni....
aku snggup gi tpt lain
Quote shernazz 5-10-2022 02:52 PM
scorpionkiki replied at 5-10-2022 11:08 AM
Tak ada mendanya orang ke langkawi?  Pelancung punya ramai sampai habis segala benda yg kita nak bel ...

Pelancong mmg borong gamat kan.iols ada 5 botol kecik2 tak.guna.lagi neh...
Kalau dpt.lagi 5..boleh buat jual.sikit2..
Quote myvi132806 5-10-2022 05:11 PM
aduiii baru plan nak g melangkawi
Quote beautifulorchid 5-10-2022 05:16 PM
yang berlakon ramai-ramai tu org langkawi jugak....ha..ha..ha
Quote jfq 5-10-2022 05:17 PM
Menurutnya, angka-angka berkenaan membuktikan bahawa kedatangan pelancong tidak berkurangan di Langkawi seperti yang digembar-gemburkan pihak tertentu.

Eh suku sakat hang jugak yg gembar gembur. Pastu deny.
Tektik negative feedback supaya org kesian, maka berbondong2 la pergi le lkwi.
Ala mcm seller yg nangis2 barang customer cancel order pastu ramai yg kesian beli

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047680 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top