View: 2613|Reply: 32
|
Memandai Je, Siapa Kata Langkawi Tiada Pelancong?
[Copy link]
|
|
LANGKAWI – Dakwaan mengatakan Pulau Langkawi sudah tidak lagi menjadi tumpuan percutian ternyata meleset apabila jumlah pengunjung ke lokasi peranginan itu mencatatkan kemasukan 250,000 orang pada bulan lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, jumlah pelancong yang dicatatkan itu melebihi kemasukan pada bulan sebelumnya iaitu seramai 208,069 orang.
Katanya, jumlah pelancong sepanjang tahun ini sehingga bulan lalu pula adalah seramai 1.8 juta orang.
“Data tersebut dikumpul setiap hari melalui semua pintu masuk Langkawi,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian 8th World Carrom Championship 2022 di sini kelmarin.
 Foto: Kosmo
Menurutnya, angka-angka berkenaan membuktikan bahawa kedatangan pelancong tidak berkurangan di Langkawi seperti yang digembar-gemburkan pihak tertentu.
“Pulau Langkawi terus menerima jumlah kemasukan pelancong yang memberangsangkan,” ujarnya.
Sementara itu, Nasaruddin memberitahu, pertandingan karom itu disertai 250 peserta dari 18 buah negara seperti Bangladesh, Perancis, Jerman, India, Itali, Korea, Maldives, Nepal, Poland dan Amerika Syarikat.
“Ada dalam kalangan peserta yang membawa keluarga mereka bersama untuk menyertai kejohanan selama lima hari bermula semalam (kelmarin).
“Ini sekali gus membantu menyemarakkan lagi industri pelancongan di Langkawi,” jelasnya.
Beliau turut mengumumkan untuk menaja tiket masuk ke kereta kabel Langkawi SkyCab kepada semua peserta kejohanan itu sekiranya mereka berjaya mencapai 50 ‘slam’, atau menghabiskan perlawanan dengan hanya satu petikan sahaja.
Kebiasaannya, satu kejohanan karom antarabangsa akan merekodkan kira-kira 30 ‘slam’ sepanjang pertandingan diadakan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah. Lepas ni xrasaa bersalah cuti thailand kap sawadikap kap kung kap |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn risau langkawi tetap pilihan pelancong dlm dan luar negara... |
|
|
|
|
|
|
|
ye lah
berita sblm ni mcm propa je
ada kenalan duk sana kata by weekend je meriah mcm dulu
tp bab harga naik tu mmg ye |
|
|
|
|
|
|
|
So bolehla rakyat Malaysia tanpa Rasa bersalah bercuti ke rumah kedua: Thailand and turkiye
 |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 5-10-2022 10:57 AM
@Skuau tersenyum sinis dengan pelancong Rohingya {:mllaugh ...
Syukur...kapal karam..kalau tak...bertambah la 'pelancong rohingya' ni mai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pun kawasan pelancongan mesti la ada org .
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada mendanya orang ke langkawi? Pelancung punya ramai sampai habis segala benda yg kita nak beli. Coklat, minyak gamat mrmanjang habis. Org langkawi nak beli pun selalu habis. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok lah Langkawi sapa jaga  |
|
|
|
|
|
|
|
Ok koranggg..truskan melancong kat hatyai yaaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah.. tekan lah pulak pelancong luar. Tu yg korang nak sangat kan? Hotel takde private beach harga 500 ke atas.. apo? Dah la pantai ada obor2 dek!  |
|
|
|
|
|
|
|
Langkawi masih berbisaa... |
|
|
|
|
|
|
|
nohhh rokiahhh jom melancong ke siam lagi berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
becir: So bolehla rakyat Malaysia tan ...
Jangan dilupakan indon bali juaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
serba serbi mahe kat langkawi ni....
aku snggup gi tpt lain |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 5-10-2022 11:08 AM
Tak ada mendanya orang ke langkawi? Pelancung punya ramai sampai habis segala benda yg kita nak bel ...
Pelancong mmg borong gamat kan.iols ada 5 botol kecik2 tak.guna.lagi neh...
Kalau dpt.lagi 5..boleh buat jual.sikit2.. |
|
|
|
|
|
|
|
aduiii baru plan nak g melangkawi |
|
|
|
|
|
|
|
yang berlakon ramai-ramai tu org langkawi jugak....ha..ha..ha |
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, angka-angka berkenaan membuktikan bahawa kedatangan pelancong tidak berkurangan di Langkawi seperti yang digembar-gemburkan pihak tertentu.
Eh suku sakat hang jugak yg gembar gembur. Pastu deny.
Tektik negative feedback supaya org kesian, maka berbondong2 la pergi le lkwi.
Ala mcm seller yg nangis2 barang customer cancel order pastu ramai yg kesian beli |
|
|
|
|
|
|
| |
|