Penyanyi Jaclyn Victor menjelaskan aksi pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlien yang masuk ke tengah pentas dan menari bersamanya itu adalah dirancang oleh dirinya sendiri.
Malah, Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac berkata, dia yang mengajak Elly menari bersamanya dan sama sekali tidak mengganggu persembahannya. "Idea tercetus memandangkan Kak Lina pernah membawakan lagu yang sama ketika menyertai GV sebelum ini. Jadi fokus saya tidak terganggu kerana saya yang merancangnya. "Ya saya memang tergelak sebab tengok aksi Kak Lina yang macam terkejut bila dia bawa keluar dari pentas oleh penari. Wajahnya itu yang membuatkan saya tertawa.
"Namun apa yang penting saya tidak terlupa lirik dan kembali membuat persembahan seperti biasa selepas itu," katanya kepada Harian Metro. Tindakan Elly memeriahkan persembahan Jac ketika penyanyi itu menyampaikan lagu Perawan atau Janda mendapat kritikan sesetengah pihak. Mengulas mengenai persembahannya pada malam Ahad, penyanyi yang memiliki vokal hebat itu mengakui sangat mencabar kerana tidak pernah menyanyikan lagu dangdut. Persembahan Jac mendapat tepukan gemuruh dan pujian juri Datuk Syafinaz yang menganggap Jac seorang penyanyi hebat yang bersedia membawakan apa juga genre. Mengekalkan kedudukan di tangga kelima pada konsert ketiga, Jac akan berusaha memberikan lebih baik Ahad ini menerusi lagi You Raise Me Up. "Bagi saya jangan risau soal terkeluar, tetapi berikan yang terbaik setiap minggu," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT