Seorang wanita membuat pengakuan di Facebook, mendedahkan kisah ‘gelap’ kehidupannya selepas berpisah dengan bekas suaminya sejak 6 bulan lalu.
Wanita itu mengakui bahawa bekas suaminya masih meminta untuk melakukan hubungan seks walaupun bukan lagi pasangan suami isteri. Tambahnya lagi, jika dia menolak permintaan bekas suaminya, dia akan menerima tuduhan yang mengatakan dia boleh saja melakukan hubungan intim dengan orang lain sedangkan tak pernah berbuat demikian. Wanita itu juga mengakui bahawa dia masih lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami kerana tidak mempunyai tempat tinggal lain selain tak mampu untuk bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan.
"Bekas suami selalu cakap pada saya, kalau tak mampu nak kerja untuk menyewa rumah lain, dia suruh saya jadi pelacur. Sehari 500 pun boleh dapat. Ujarnya lagi, dia tidak mempunyai masalah untuk keluar dari rumahnya namun anak-anaknya akan menangis jika dirinya tiada di rumah selepas mengakui pernah melarikan diri ke rumah adik tetapi bekas suami yang memintanya untuk pulang semula. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen sampaikan mereka menasihati wanita itu untuk mendapatkan bantuan dari pihak yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tak diingini. Dari luahan yang dibuat, wanita itu difahamkan mempunyai empat orang cahaya mata bersama dengan bekas suami dan anak bongsunya kini berusia 7 tahun.-CARI
|
rospinki replied at 4-10-2022 04:32 PM
sesak nafas aku baca cerita ni..hasanah jugak ke yini?
cmf_premierleag replied at 4-10-2022 04:37 PM
Nasihat utk cikki2, pi la sambung belajar and dapatkan kerja yg bagus dan beli rumah sendiri atas na ...
cmf_premierleag replied at 4-10-2022 04:37 PM
Nasihat utk cikki2, pi la sambung belajar and dapatkan kerja yg bagus dan beli rumah sendiri atas na ...
ADVERTISEMENT