CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Dipenjara 8 Bulan Ugut Tikam Isteri, Paksa Ambil Syabu & Bersetubuh

4-10-2022 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1143| Komen: 4

Seorang lelaki dijatuhi hukuman lapan bulan penjara di Mahkamah Majistret Ayer Keroh semalam selepas mengaku bersalah mengugut mahu menikam isterinya dan memaksa melakukan hubungan seks.


Majistret Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Faidros Mustafa, 41, yang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


MalaysiaGazette

Mengikut pertuduhan, suspek dalam suatu perkahwinan yang sah telah menyebabkan ketakutan kecederaan kepada isterinya, Rohani Mohamed Kassim untuk mengadakan persetubuhan dengannya.

Kesalahan di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan itu dilakukan di sebuah rumah beralamat di Batu 2 1/2, Balai Panjang dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 9 malam pada 9 Mei lalu.


Sabit kesalahan di bawah seksyen itu, mana-mana suami yang menyebabkan kecederaan atau ketakutan kematian atau kecederaan kepada isterinya atau mana-mana orang lain untuk mengadakan persetubuhan boleh dituduh dan dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengugut untuk menikam perut isterinya itu jika enggan menuruti kehendaknya melakukan hubungan seks selain pengadu juga dipaksa mengambil dadah jenis syabu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Tertuduh yang juga bapa kepada dua anak itu bagaimanapun merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan dan penjara dari tarikh ditangkap selain telah insaf serta tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara dari tarikh tertuduh ditangkap pada 14 Ogos lalu.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 4-10-2022 04:54 PM
Mat dadah, bleh caya ke xkan ulang.. Membohong sgt
Quote renko 4-10-2022 05:01 PM
sumbat je dalam jel or pemulihan
Quote Kak-Rohana 4-10-2022 05:06 PM
Kes2 ni lebai2 para asatizah, pencetos2 haru biru tak nak buat topik khas pulak. Tak nak nasihat pulak. Dok kisah teropong celah tek pondan berloceng
Quote Decaffeinated 4-10-2022 05:45 PM
Yang bini pulak kenapa sampai suami perlu ugut.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038495 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top