Akibat terdesak untuk mendapatkan wang, orang sanggup melakukan apa saja. Ini termasuklah mencuri secara terang-terangan sambil disaksikan tuan rumah di siang hari.
Pendek kata selagi boleh 'dibuat' duit, tong gas juga sanggup diangkut kerana tahu ada harganya. Menerusi satu video yang tular, kedengaran seorang wanita menjerit sekuat hati sambil merakam perbuatan seorang lelaki menceroboh pagar rumahnya. "Pencuri! Pencuri!" jerit wanita itu berulang kali terhadap seorang pemuda yang datang menunggang motosikal.
Malangnya jeritan wanita berkenaan tidak dipedulikan, sebaliknya pencuri terbabit mengangkat tong gas keluar dengan memanjat pagar rumah dan bersahaja beredar tanpa tindak balas cemas sebelum melarikan diri. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Rakan di Cheras, Selangor, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
|
kotakominami replied at 4-10-2022 01:31 PM
Itu kalau jual balik kedai ambik 80 hengget...tp sape nak buat pagar rumah biar palang tu lebar rapa ...
hareeeesah replied at 4-10-2022 02:10 PM
safety kena fikir la juga kot akak ni ada anak dalam rumah, dia pompuan sorg takkan nak keluar kejar ...
CiliPadiSedap replied at 4-10-2022 01:21 PM
tong gas tu mahal lah. orang dh nikah je tahu brape harga tong gas. orang belum nikah tahu pg kedai ...
blue_blur replied at 4-10-2022 06:50 PM
eh bukan rm50 je ke? naik harga dah? tong ijau petronas tu..
blue_blur replied at 4-10-2022 06:50 PM
eh bukan rm50 je ke? naik harga dah? tong ijau petronas tu..
CiliPadiSedap replied at 4-10-2022 01:21 PM
tong gas tu mahal lah. orang dh nikah je tahu brape harga tong gas. orang belum nikah tahu pg kedai ...
Nnasda53 replied at 4-10-2022 02:01 PM
Rakam dulu baru jerit.
Belibis replied at 4-10-2022 08:24 PM
50 tu dah bertahun yang lampau sis..
CiliPadiSedap replied at 4-10-2022 07:27 PM
u beli seludup punya ke? rasanya tong gas tu rm 100 lebih tak tahu lah kalau kaka kena chong. ...
ADVERTISEMENT