CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2547|Reply: 35

Siang Buta Mencuri, Lelaki Selamba Ambil Tong Gas Depan Rumah- Tuan Rumah Jerit-Jerit Sambil Rakam

[Copy link]
Post time 4-10-2022 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Akibat terdesak untuk mendapatkan wang, orang sanggup melakukan apa saja.


Ini termasuklah mencuri secara terang-terangan sambil disaksikan tuan rumah di siang hari.


Pendek kata selagi boleh 'dibuat' duit, tong gas juga sanggup diangkut kerana tahu ada harganya.


Menerusi satu video yang tular, kedengaran seorang wanita menjerit sekuat hati sambil merakam perbuatan seorang lelaki menceroboh pagar rumahnya.


Foto: via mStar




"encuri! Pencuri!" jerit wanita itu berulang kali terhadap seorang pemuda yang datang menunggang motosikal.


Malangnya jeritan wanita berkenaan tidak dipedulikan, sebaliknya pencuri terbabit mengangkat tong gas keluar dengan memanjat pagar rumah dan bersahaja beredar tanpa tindak balas cemas sebelum melarikan diri.


Kejadian dikatakan berlaku di Taman Rakan di Cheras, Selangor, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.




  



"Tong gas pun kena rembat. Dah habis benda dah nak curi, tong gas pun jadi.


"Mak aih selambanya. Macam-macam sekarang.


"Bahayanya, sampai macam tu sekali berani masuk curi.


"Rumah tak ada tong gas tu, biarlah dia ambil, kita sedekah.


"Zaman sekarang ni curi tak ada sorok-sorok dah. Depan mata je, risau sangat dunia sekarang," demikian antara komen netizen.


Tong gas yang dicuri dipercayai kosong dan diletakkan di perkarangan rumah sementara menunggu penjual datang untuk menukar ganti yang baharu.


"Kuat tangan dia, boleh angkat sebelah tangan je tong gas tu.


"Sesak sungguh tu sampai tong gas pon dia sapu... sabar je la akak," kata beberapa lagi netizen.


Pada masa sama, ada yang mempersoalkan tindakan wanita itu yang hanya merakamkan aksi pencuri sehingga dia beredar.


"Dia panggil pencuri, bukan panggil polis.


"Kenapa jerit, tak kejar? Pelik betul.


"Yes, kak bagus... akak dah buat syarat pertama iaitu rakam dulu," kata yang lain.


Setakat ini, tiada pengesahan atau kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian.


Kurang 24 jam, video tersebut meraih lebih 2 juta tontonan di aplikasi TikTok. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Profesenel niii
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkn Ada experience kerja delivery tong gas sblm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 01:21 PM | Show all posts
tong gas tu mahal lah. orang dh nikah je tahu brape harga tong gas. orang belum nikah tahu pg kedai runcit tukar tong gas termasuk president andartu cawangan merbok kojol ifanonline

xsilap kaka satu tong rm 120 atau lebih. kalau ada cop sirim mahal sikit
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu kalau jual balik kedai ambik 80 hengget...tp sape nak buat pagar rumah biar palang tu lebar rapat takde besi tgh..senang org panjat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 02:01 PM | Show all posts
Rakam dulu baru jerit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2022 02:08 PM | Show all posts
tong gas mmg boleh jual, jangan letak luar tayang kat orang
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
safety kena fikir la juga kot akak ni ada anak dalam rumah, dia pompuan sorg takkan nak keluar kejar, kot kena hempuk dgn tong nanti ke… baik la dia record je jerit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 4-10-2022 01:31 PM
Itu kalau jual balik kedai ambik 80 hengget...tp sape nak buat pagar rumah biar palang tu lebar rapa ...

Byk rumah skrg pakai yg industrial design so dia xboleh nak pijak berpaut kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:39 PM | Show all posts
yang penting content dulu acik ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:43 PM | Show all posts
Nape tong letak kat luar? Tunggu laki balik baru letak dapur ke? Sekarang kena hati2 barang berharga jangan letak luar. Seluar jeans aku pun penah kena cilok, inikan tong gas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 4-10-2022 02:10 PM
safety kena fikir la juga kot akak ni ada anak dalam rumah, dia pompuan sorg takkan nak keluar kejar ...

Akak dah hampir nak maki forummer atas2 kau ni sister tapi nasib baik sejuk balik hati baca komen chuols yang ada common sense sis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:50 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-10-2022 01:21 PM
tong gas tu mahal lah. orang dh nikah je tahu brape harga tong gas. orang belum nikah tahu pg kedai  ...

eh bukan rm50 je ke? naik harga dah? tong ijau petronas tu..



Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:27 PM | Show all posts
blue_blur replied at 4-10-2022 06:50 PM
eh bukan rm50 je ke? naik harga dah? tong ijau petronas tu..

u beli seludup punya ke? rasanya tong gas tu rm 100 lebih tak tahu lah kalau kaka kena chong. rm50 tu u beli bahaya. silap2 meletup dapur u tengah masak sardin , sardin tu jadi ikan terbang melekat kt syiling

dekat kuantan kaka nampak ada iklan tong gas dari fiber biasa fiber guna untuk safe weight kereta dan aerodynamics. kalau tong gas first time tengok
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan aje tong gas, basikal anak buah kaka pun kena cilok juga dgn pencopet, paling biasa kena curi adalah kasut lelaki, jadi berhati2lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 4-10-2022 06:50 PM
eh bukan rm50 je ke? naik harga dah? tong ijau petronas tu..

50 tu dah bertahun yang lampau sis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-10-2022 01:21 PM
tong gas tu mahal lah. orang dh nikah je tahu brape harga tong gas. orang belum nikah tahu pg kedai  ...

Akak pakai induction cooker
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 4-10-2022 02:01 PM
Rakam dulu baru jerit.

betul la tu...kang jerit dulu..ada la kena hempap ngn tong gas..pengsan(lebih parah kalo ninggal)...canna nk rakam bg bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:56 PM | Show all posts
Belibis replied at 4-10-2022 08:24 PM
50 tu dah bertahun yang lampau sis..

ye la kot .. dah lama tong2 tu.. tapi kita bertukar2 dengan stesen petronas tu, dapat la yang baru cantik2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:58 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-10-2022 07:27 PM
u beli seludup punya ke? rasanya tong gas tu rm 100 lebih tak tahu lah kalau kaka kena chong. ...

tak ingat, lama dah .. 1 pakai 2 spare.. senang takde asyik nak tukar bila da kering..

iklan tong warna merah itam pompuan angkat sebelah tangan tu? ringan sangat macam bahaya pulak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.264834 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list