Sabronzo dari kumpulan Dolla menegaskan mereka enggan peduli pada tanggapan negatif orang ramai berhubung penampilan seksi yang ditonjolkan.
Sebaliknya, mereka mahu memberi fokus untuk meningkatkan kerjaya seni. “Keutamaan kami adalah muzik dan kerjaya. Tetapi, setiap orang mempunyai pandangan dan hak untuk bersuara. “Seperti penyanyi lain, kami juga mahu bakat dan kebolehan yang kami ada untuk dinilai serta diberi perhatian, bukannya penampilan,” katanya kepada Utusan yang dipetik RotiKaya.
Dalam pada itu, Sabronzo berharap agar isu cara pemakaian mereka itu tidak dipanjangkan lagi dan kecaman yang diterima membuatkan mereka sedar serta akan lebih berhati-hati dalam pememilihan pakaian. “Kami akur untuk memperbaiki imej dan akan mematuhi cara pemakaian yang lebih bersesuaian. Kami mahu terus bergerak ke depan dan sudah tentunya, kami akan lebih berhati-hati,” katanya.
|
ADVERTISEMENT