Kerajaan Indonesia menggesa polis mengenal pasti dan menghukum individu yang bertanggungjawab ke atas insiden rempuhan di stadium hingga mengorbankan 125 nyawa, manakala 323 orang lagi cedera.
Ketua Menteri Keselamatan, Mahfud MD dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengarahkan polis negara mencari pelaku yang melakukan jenayah itu dalam insiden itu. "Kami meminta mereka mendedahkan siapa yang melakukan jenayah itu dan tindakan mesti diambil terhadap mereka dan kami juga berharap Polis Negara akan menilai prosedur keselamatan mereka," katanya.
Mahfud berkata, satu jawatankuasa khas juga dibentuk bagi menyiasat dan menangani kes terbabit. "Pasukan petugas itu akan dipilih dalam tempoh 24 jam. Ia terdiri daripada pegawai kerajaan, penganalisis, wakil kementerian, pegawai pertubuhan bola sepak, ahli akademik dan media. "Pihak berkuasa akan mengumumkan hasil siasatan secepat mungkin. "Kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi," katanya. Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan siasatan ke atas insiden itu, namun kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International mahu penyiasatan bebas dan pegawai perlu bertanggungjawab kerana menggunakan gas pemedih mata di kawasan terkurung (stadium). "Kami menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan pantas, teliti dan bebas terhadap penggunaan gas pemedih mata di stadium dan memastikan mereka yang didapati melakukan kesalahan dibicarakan di mahkamah terbuka. "Kehilangan nyawa ini tidak boleh dibiarkan tanpa jawapan," katanya. Di Jakarta, ratusan peminat bola sepak berkumpul di luar stadium terbesar negara itu, semalam, sambil melaungkan "pembunuh! pembunuh!" dan menyanyikan lagu menyokong Arema FC di pagar kompleks itu. Kemarahan terhadap pihak berkuasa terus memuncak dalam talian dengan banyak komen kritikal, tular. "Siasat dengan teliti. Menembak gas pemedih mata dalam ruang tertutup yang dipenuhi manusia adalah satu pelanggaran serius," satu ciap di Twitter yang mendapat tanda suka 11,000 kali. Petisyen dalam talian bertajuk polis mesti berhenti menggunakan gas pemedih mata turut dilancarkan bagi mengumpul hampir 6,000 tandatangan hari ini. Insiden itu menyaksikan komuniti bola sepak antarabangsa turut menzahirkan solidariti dengan kelab di Sepanyol bertafakur seminit dan pasukan teratas di seluruh Eropah menyampaikan ucapan takziah dalam talian. Tragedi pada malam Sabtu di bandar Malang itu tercetus selepas pegawai melepaskan gas pemedih mata di dalam stadium yang penuh sesak untuk menyuraikan kekecohan padang hingga mengakibatkan rempuhan sesama penyokong. Sumber: Harian Metro
|
she replied at 3-10-2022 07:17 PM
Player dalam clan macik ada satu team dari Malang Indonesia ni
Baik2 budaknya dah pro
Tembikaigoreng replied at 3-10-2022 07:29 PM
Dalam game daku selalu kena maki hamun LOLL paling benci satu team pubg & ML ngan Indo.... Segala ...
she replied at 4-10-2022 01:08 AM
Toxic Indo - keji segala bagai, claim budaya makan, paling best ayat Indo “malay dijajah cina”
...
sharlenetexas replied at 4-10-2022 04:05 AM
Bukan ke ramai cina kat sana? Sama2 sambut imlek.
Sg bila lepas tambak johor, bertukar perangai j ...
she replied at 4-10-2022 01:08 AM
Toxic Indo - keji segala bagai, claim budaya makan, paling best ayat Indo “malay dijajah cina”
...
ADVERTISEMENT