View: 788|Reply: 9
|
Cari Dan Hukum Dalang Rusuhan Di Stadium
[Copy link]
|
|
Kerajaan Indonesia menggesa polis mengenal pasti dan menghukum individu yang bertanggungjawab ke atas insiden rempuhan di stadium hingga mengorbankan 125 nyawa, manakala 323 orang lagi cedera.
Ketua Menteri Keselamatan, Mahfud MD dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengarahkan polis negara mencari pelaku yang melakukan jenayah itu dalam insiden itu.
 Penyokong bola sepak menyalakan lilin di depan Stadium Bung Karno, Jakarta, sebagai memperingati mangsa rusuhan di Stadium Stadium Kanjuruhan, Malang, malam Sabtu lalu. FOTO Reuters
"Kami meminta mereka mendedahkan siapa yang melakukan jenayah itu dan tindakan mesti diambil terhadap mereka dan kami juga berharap Polis Negara akan menilai prosedur keselamatan mereka," katanya.
Mahfud berkata, satu jawatankuasa khas juga dibentuk bagi menyiasat dan menangani kes terbabit.
" asukan petugas itu akan dipilih dalam tempoh 24 jam. Ia terdiri daripada pegawai kerajaan, penganalisis, wakil kementerian, pegawai pertubuhan bola sepak, ahli akademik dan media.
" ihak berkuasa akan mengumumkan hasil siasatan secepat mungkin.
"Kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi," katanya.
Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan siasatan ke atas insiden itu, namun kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International mahu penyiasatan bebas dan pegawai perlu bertanggungjawab kerana menggunakan gas pemedih mata di kawasan terkurung (stadium).
"Kami menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan pantas, teliti dan bebas terhadap penggunaan gas pemedih mata di stadium dan memastikan mereka yang didapati melakukan kesalahan dibicarakan di mahkamah terbuka.
"Kehilangan nyawa ini tidak boleh dibiarkan tanpa jawapan," katanya.
Di Jakarta, ratusan peminat bola sepak berkumpul di luar stadium terbesar negara itu, semalam, sambil melaungkan "pembunuh! pembunuh!" dan menyanyikan lagu menyokong Arema FC di pagar kompleks itu.
Kemarahan terhadap pihak berkuasa terus memuncak dalam talian dengan banyak komen kritikal, tular.
"Siasat dengan teliti. Menembak gas pemedih mata dalam ruang tertutup yang dipenuhi manusia adalah satu pelanggaran serius," satu ciap di Twitter yang mendapat tanda suka 11,000 kali.
Petisyen dalam talian bertajuk polis mesti berhenti menggunakan gas pemedih mata turut dilancarkan bagi mengumpul hampir 6,000 tandatangan hari ini.
Insiden itu menyaksikan komuniti bola sepak antarabangsa turut menzahirkan solidariti dengan kelab di Sepanyol bertafakur seminit dan pasukan teratas di seluruh Eropah menyampaikan ucapan takziah dalam talian.
Tragedi pada malam Sabtu di bandar Malang itu tercetus selepas pegawai melepaskan gas pemedih mata di dalam stadium yang penuh sesak untuk menyuraikan kekecohan padang hingga mengakibatkan rempuhan sesama penyokong.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takziah..nama bandar pun dah sinonim dengan kejadian. |
|
|
|
|
|
|
|
Player dalam clan macik ada satu team dari Malang Indonesia ni
Baik2 budaknya dah pro
Kawan dorang (perempuan) ada yang mati dalam rusuhan nih
Back to topic
Nak cari dalang apanya
Dah memang security lemah
Masa wisel penamat tiup
Ada 2 orang fans lari masuk padang
Takde sape pun halang dorang
Dibiarkan bawa kain rentang koyak2
Polis yang start angkat baton dekat fans yang tangan kosong
Benda tu trigger fans dekat stand turun lagi ramai
Gas tu pulak kenapa tembak dia stand
Memang fans yang duduk diam terkejut lah
Ada budak2
Paling muda mati umur 2 tahun
Polis salahkan fans
Fans salahkan polisi
Tapi sebenarnya sape suruh kalah
Kalau menang mesti tak jadi gini
Semoga mereka dibanned
Sebab final PUBGM nanti pun venue di Jakarta
Ura2 minta Moontoon tarik balik venue tu
Takut jadi rusuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik nak bar bar je.... Pasni tgk Bola online je |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 3-10-2022 07:17 PM
Player dalam clan macik ada satu team dari Malang Indonesia ni
Baik2 budaknya dah pro
Dalam game daku selalu kena maki hamun LOLL paling benci satu team pubg & ML ngan Indo.... Segala binatang dia hembus padahal game je pun |
|
|
|
|
|
|
|
Tembikaigoreng replied at 3-10-2022 07:29 PM
Dalam game daku selalu kena maki hamun LOLL paling benci satu team pubg & ML ngan Indo.... Segala ...
Toxic Indo - keji segala bagai, claim budaya makan, paling best ayat Indo “malay dijajah cina”
Toxic SG - main2 agama, currency, melayu miskin
Pendek kata sama aje
Kalau main game ni
Elakkan lah jupe dedua bangsa negara toxic nih
Elok main dgn Thai
Dia maki kite tak paham hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 4-10-2022 04:07 AM
she replied at 4-10-2022 01:08 AM
Toxic Indo - keji segala bagai, claim budaya makan, paling best ayat Indo “malay dijajah cina”
...
Bukan ke ramai cina kat sana? Sama2 sambut imlek.
Sg bila lepas tambak johor, bertukar perangai jadi babi sebab terkongkong gomen spore kongkong hidup dalam reban.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 4-10-2022 04:05 AM
Bukan ke ramai cina kat sana? Sama2 sambut imlek.
Sg bila lepas tambak johor, bertukar perangai j ...
Indo anggap kat Malaysia ni…cina yang conquer ekonomi…pastu dikatanya melayu pijak india…spam live komen benda yang sama…yang mengomen tu bukan pernah keluar dari Indo pun
SG sejak currency dorang naik berlipat ganda ni
Makin tinggi kasta dia
Dekut takut nau orang sauk dolar |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 4-10-2022 01:08 AM
Toxic Indo - keji segala bagai, claim budaya makan, paling best ayat Indo “malay dijajah cina”
...
Betul juga LOLLLLLLL |
|
|
|
|
|
|
| |
|