Netizen di Twitter berbalah, membanding-bandingkan Shila Amzah dengan penyanyi lain. Semuanya berpunca paabila seorang pengguna memuji Shila yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tiga minggu bersaing di pentas GV9.
"Dengan nada tinggi itu, sudah tiba masanya untuk tamatkan kerjaya Siti Nurhaliza," ciapnya. Disebabkan itu dia menerima bertubi-tubi kecaman dari pengguna lain yang menyuruhnya suspaya berhenti berangan! Malah ada yang mendakwa, vokal Shila masih jauh jika dibandingkan dengan penyanyi seperti Ernie Zakri dan Aina Abdul. Shila masih belum mencapai tahap nada sempurna (perfect pitch) apatah lagi untuk menandingi kehebatan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza. "Nyanyian Shila dari segi teknikal dan kemampuan masih jauh untuk dibandingkan dengan Ernie dan Aina. Berhenti berfikir untuk tamatkan kerjaya Siti. "Nyanyian masih bergetar, tidak boleh boleh capai nada sempurna sehingga sekarang ini walau dia sudah mula menyanyi sejak kecil." Susulan itu Shila tampil memberikan respon. "Berhenti lakukan perbuatan sebegini. Saya tak boleh maafkan orang bercakap perkara tidak elok hanya kerana mahu menjadikan orang lain lebih baik. "Jika anda adalah peminat sebenar, hentikan semua ini segera. Marilah kita raikan semua bakat, kasih sayang dan tiada kebencian,"katanya. Apa pendapat anda? -CARI
|
LadyCarefree replied at 3-10-2022 09:09 AM
Silalat bg komen sbb nk menyampuk tunggang isu je. Ada ke dia cakap saya hormat siti, dia berpengala ...
ADVERTISEMENT