Baru-baru ini dalam satu perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa terkilan kerana adik iparnya bermasam muka ketika dia dan keluarganya mengunjungi rumah wanita tersebut.
Reaksi itu si adik ipar berikutan insiden di mana anaknya merosakkan barangan berharga tanpa sengaja. “Tak boleh brain aku, adik ipar tarik muka sebab anak aku terpecahkan gelas dia. “Ya aku admit salah aku suruh anak minum sendiri. Anak aku ambil gelas dekat dapur aku tak tahu sedar-sedar 'kecinggg!!' (bunyi gelas) pecah,” tulisnya.
Wanita itu kemudiannya menyatakan bahawa dia mahu membayar ganti rugi kerosakan segelas cawan itu. Namun, setelah dinyatakan harga, wanita ini mendakwa adik iparnya mengambil kesempatan dengan caj bayaran mahal. “Aku cakap nak ganti, dia cakap sampai RM200 hingga RM300. Melampau betul. Dengan kakak ipar pun nak ambil kesempatan,” katanya lagi berdasarkan tangkap layar yang diciap di Twitter. Bersama ciapan teguran itu, individu yang berkongsi tangkap layar berkenaan turut berkongsi pautan laman e-dagang bagi harga set lapan gelas cawan bersama satu jag berjenama Vantage Fine Porcelain. Hasil carian di Internet mendapati set cawan dengan kapasiti berkenaan dijual pada harga RM199. Setelah mengetahui mengenai harga ditunjukkan, warga maya mula memberikan respons terhadap ciapan yang dimuat naik lelaki ini. “Tak boleh nak brain ada orang yang ambil mudah harta orang lain. Setiap harta orang hatta adik beradik sendiri pun jangan buat mudah saja. “Harap-harap adik ipar dia tu ada anak, suruh budak tu campak pula laptop makcik dia dari tingkat 15 lepas tu cakap tercampak, biasa la budak-budak. Dia ingat tu frisbee, alah ludah air liur sikit eloklah ni nanti. “Dia ingat tu cawan beli kat Giant (pasaraya) ke? Pecahkan la Royal Albert ke, Royal Doulton ke, Noritake ke. Baru buntang biji mata tengok harga piring cawan sebiji beratus-ratus. “Dia struggle simpan duit nak beli set tu kak. Hang tak jaga anak hang elok-elok lepas tu nak salahkan tuan rumah kata ambil kesempatan bayar dua atau tiga ratus. "Dah harga dia macam tu. Kalau aku pun angin. Cuba bayangkan benda tu hang dah idam lama. Tiba-tiba lingkup dekat tangan orang lain,” tulis netizen pada posting asal. -CARI Sumber: mStar Online
|
mejaputih replied at 3-10-2022 02:40 PM
kalau ada budak takyah la hidang set cawan kaca ni...kalau nk jugak, letak cawan yg dpt free/murah2 ...
kotakbaju replied at 3-10-2022 02:33 PM
Amritajain ni sedara jhonny lever ke indiabest
Btw bila mug dah pecah tangkai camtu nak guna ca ...
ADVERTISEMENT