CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7147|Reply: 104

"Tak Boleh Brain Aku, Disuruh Bayar Sampai RM300,"-Wanita Merungut Adik Ipar Tarik Muka Sebab Anak Terpecahkan Gelas

[Copy link]
Post time 3-10-2022 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini dalam satu perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa terkilan kerana adik iparnya bermasam muka ketika dia dan keluarganya mengunjungi rumah wanita tersebut.


Reaksi itu si adik ipar berikutan insiden di mana anaknya merosakkan barangan berharga tanpa sengaja.




Foto: Twitter




“Tak boleh brain aku, adik ipar tarik muka sebab anak aku terpecahkan gelas dia.


“Ya aku admit salah aku suruh anak minum sendiri. Anak aku ambil gelas dekat dapur aku tak tahu sedar-sedar 'kecinggg!!' (bunyi gelas) pecah,” tulisnya.


Wanita itu kemudiannya menyatakan bahawa dia mahu membayar ganti rugi kerosakan segelas cawan itu.


Namun, setelah dinyatakan harga, wanita ini mendakwa adik iparnya mengambil kesempatan dengan caj bayaran mahal.







“Aku cakap nak ganti, dia cakap sampai RM200 hingga RM300. Melampau betul. Dengan kakak ipar pun nak ambil kesempatan,” katanya lagi berdasarkan tangkap layar yang diciap di Twitter.


Bersama ciapan teguran itu, individu yang berkongsi tangkap layar berkenaan turut berkongsi pautan laman e-dagang bagi harga set lapan gelas cawan bersama satu jag berjenama Vantage Fine Porcelain.


Hasil carian di Internet mendapati set cawan dengan kapasiti berkenaan dijual pada harga RM199.


Setelah mengetahui mengenai harga ditunjukkan, warga maya mula memberikan respons terhadap ciapan yang dimuat naik lelaki ini.


“Tak boleh nak brain ada orang yang ambil mudah harta orang lain. Setiap harta orang hatta adik beradik sendiri pun jangan buat mudah saja.


“Harap-harap adik ipar dia tu ada anak, suruh budak tu campak pula laptop makcik dia dari tingkat 15 lepas tu cakap tercampak, biasa la budak-budak. Dia ingat tu frisbee, alah ludah air liur sikit eloklah ni nanti.


“Dia ingat tu cawan beli kat Giant (pasaraya) ke? Pecahkan la Royal Albert ke, Royal Doulton ke, Noritake ke. Baru buntang biji mata tengok harga piring cawan sebiji beratus-ratus.


“Dia struggle simpan duit nak beli set tu kak. Hang tak jaga anak hang elok-elok lepas tu nak salahkan tuan rumah kata ambil kesempatan bayar dua atau tiga ratus.


"Dah harga dia macam tu. Kalau aku pun angin. Cuba bayangkan benda tu hang dah idam lama. Tiba-tiba lingkup dekat tangan orang lain,” tulis netizen pada posting asal. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 02:31 PM | Show all posts
kalau jenis adik beradik yg ada anak ramai, tak payah lah dtg rumah org...bukan ape, kalau ada anak2 jenis lasak, habis rosak rumah org nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Amritajain ni sedara jhonny lever ke indiabest

Btw bila mug dah pecah tangkai camtu nak guna camna lagi dah..mau terluka jari kena bucu retak tu. Sebab tu iols takut nak bawa anak pi rumah orang. Takut jadi cenggini ler.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kau pun asal xamik cawan plastik je..
Xpun mug colgate..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau ada pompuan lain terambil tok laki kaka ipar ni dia pun kena redho la jg, dh terambil x kan dgn madu pun nk berkira
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:40 PM | Show all posts
kalau ada budak takyah la hidang set cawan kaca ni...kalau nk jugak, letak cawan yg dpt free/murah2 at least kalau pecah leh ganti lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh dia kata sikit je pun?


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang memang suka menghidng pakai set Mahal 2 tapi yg best tetamu pun Tak appreciate n Tak tau pun benda tu Mahal.
so kalau bertamu tu bawak 'askar' yg ganas tu ..jaga lah terasa kalau dihidang pinggan mangkuk polystyrene.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 3-10-2022 02:40 PM
kalau ada budak takyah la hidang set cawan kaca ni...kalau nk jugak, letak cawan yg dpt free/murah2  ...

Anak dia amik sendiri kat dapur..
Mak biar je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptuihhhh semua benda nk viral...elok la ko gaduh lagi teruk ipar duai sebab viral ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pecah kaca pecah gelas..udah pecah camni...tali persaudaraan pon boleh 'pecah'....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka ko..sape suruh malas uruskan anak nk minum dkt rumah org. Kalau kt rumah sendiri mgkn pakai cawan plastic lantak ko lah nk suruh anak ko minum or bancuh air sendiri pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg la blh pakai lagi part cawan tu tp tangkai dah pecah, kalau gam pun takkan sama la part terserpih tu. sesedap rasa je ckp sikit je pun. bila bgtau hrga merempan plak.
btw, perlu ke nak tulis kat medsoc benda camni, tak pasal2 satu fmly beso awkward nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya..faham gak ar bab2 pinggan mangkuk bagai ni..1 bijik cawan Le Creuset iols pun rm170..so utk budak2 especially anak2 buah iols yg kecik2 tu, i hidang mug tupperware je..senang sikit, makpak diorg pun x risau nak biar diorg minum..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat fb banyak kisah macam ni yg direka dek Shopee affiliate tujuannya nak suruh orang klik link shopee yg dia sertakan supaya dia dapat kamsen
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 3-10-2022 02:33 PM
Amritajain ni sedara jhonny lever ke indiabest  

Btw bila mug dah pecah tangkai camtu nak guna ca ...

Saja la tu..dia ingat bila tulis camtu, netizen nk side dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sebab mak budak tu suruh ank di memandai la ambik sdr kalau nak minum
Malas layan anak lettew
Mata kat hp aje kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nmpk pattern cawan tu, mcm jenis royal albert x miranda kerr. I ada juga set ni, tapi xde gold band atas tu since jenis porcelain. Tapi i beli xde pun sampai rm300 sebiji. 1 teaset (4 cup n saucer, teko n tempat letak milk) tu baru rm499 x silap, beli dari personal shopper UK. Maybe yg ada gold band lagi mahal agaknya.

Tapi bagi i, x perlu kot minta ganti. Dah bersedia untuk jamu orang, so kena hadap la risikonya. Tapi tu i la, org lain xtau. Mungkin dia sakit hati sebab mak budak tu x tgk anak dia kot. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku pon caj mahal sebab ko pecahkan satu dh tak lengkap set dia...tuan rumah kalau tgok yg mari tu pesen akai pendek beruk mak yeh ko hidang je pakai cawan polistrin...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 3-10-2022 03:05 PM
Kat fb banyak kisah macam ni yg direka dek Shopee affiliate tujuannya nak suruh orang klik link shop ...

Indeed. Tengok link attached pun boleh tau affiliate.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.153225 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list