KOTA BHARU – Seorang wanita ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari ke Thailand selama lebih dua minggu dipercayai tiba di rumahnya Kampung Semat Jal, Tumpat dari Kuala Lumpur semalam.
Menurut sumber, wanita itu kini sudah bertemu dengan ahli keluarga di rumahnya. Katanya, mangsa dipercayai dibawa pulang ke rumahnya semalam dengan bantuan pihak polis selepas beberapa hari berada di Bukit Aman. “Difahamkan, Azi masih trauma dan keluarganya tidak membenarkan dia diganggu buat masa ini.
“Mangsa perlu banyak diberi kaunseling untuk menghilangkan tekanan selepas diculik selama lebih dua minggu sejak 13 September lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. Wartawan ketika ini sedang menunggu di hadapan rumah Azi, namun keluarganya mengelak untuk ditemubual dan enggan membuka pintu pagar. Kosmo! sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, mangsa diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia, Khamis lalu. Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand. “Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air. “Dalam kes ini, seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya. –CARI Sumber: Kosmo
|
prince_marhaen replied at 3-10-2022 02:41 PM
...banyak content boleh buat tu cerita pengalaman diculik sambil-sambil menjual brg timbang kilo dek ...
prince_marhaen replied at 3-10-2022 02:41 PM
...banyak content boleh buat tu cerita pengalaman diculik sambil-sambil menjual brg timbang kilo dek ...
MelahJanda replied at 3-10-2022 03:26 PM
kena rogol la gamaknya ke camana?
Suchi replied at 3-10-2022 05:03 PM
Harap takde la acik2 porem bertunggu tangga kat umah azi tu yaa kot2 la memasing menyamar jadi kain ...
surfin_net82 replied at 3-10-2022 05:07 PM
Pengajaran: kalau hilang letak gambar sebenar..letak gambar filter lambat jumpa..lain sangat kak oi
gideoncross replied at 3-10-2022 05:23 PM
"Harap takde la acik2 porem bertunggu tangga kat umah azi tu yaa kot2 la memasing menyamar jadi ka ...
ADVERTISEMENT