CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3851|Reply: 57

Azi Dipercayai Sudah Kembali Ke Pangkuan Keluarga- Trauma, Tak Boleh Diganggu

[Copy link]
Post time 3-10-2022 01:57 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU – Seorang wanita ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari ke Thailand selama lebih dua minggu dipercayai tiba di rumahnya Kampung Semat Jal, Tumpat dari Kuala Lumpur semalam.


Menurut sumber, wanita itu kini sudah bertemu dengan ahli keluarga di rumahnya.


Katanya, mangsa dipercayai dibawa pulang ke rumahnya semalam dengan bantuan pihak polis selepas beberapa hari berada di Bukit Aman.




Foto: Kosmo




“Difahamkan, Azi masih trauma dan keluarganya tidak membenarkan dia diganggu buat masa ini.


“Mangsa perlu banyak diberi kaunseling untuk menghilangkan tekanan selepas diculik selama lebih dua minggu sejak 13 September lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.


Wartawan ketika ini sedang menunggu di hadapan rumah Azi, namun keluarganya mengelak untuk ditemubual dan enggan membuka pintu pagar.


Kosmo! sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, mangsa diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia, Khamis lalu.


Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.


“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air.


“Dalam kes ini, seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sheol...harap wartawan pun berpada² lah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Trauma kena culik....semua org yg dia jumpa terasa pada dia nk culik dia...bg la perempuan ni ruang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:41 PM | Show all posts
...banyak content boleh buat tu cerita pengalaman diculik sambil-sambil menjual brg timbang kilo dekat tiktok tu nanti... hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:16 PM | Show all posts
Trauma sangat.. Ntah apa dia lalui sepanjang diculik.

Balik semula rumah tu risau lah..macam mana kalau penjahat masih ada memerhati je. Nampak ada peluang terus apa2 kan dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 3-10-2022 02:41 PM
...banyak content boleh buat tu cerita pengalaman diculik sambil-sambil menjual brg timbang kilo dek ...

Mesti laku keras kannn....

Blh buat part 1- part 57
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
X yah lah guna tanda seru. Ko nk cari gaduh ke dgn wartawan. Mohon edit sikit kertas mahjung tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:26 PM | Show all posts
kena rogol la gamaknya ke camana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 3-10-2022 02:41 PM
...banyak content boleh buat tu cerita pengalaman diculik sambil-sambil menjual brg timbang kilo dek ...

ada dah tadi org buat content
gambar barang dijual gambar dia filter
gambar barang diterima gambar ic dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 3-10-2022 03:26 PM
kena rogol la gamaknya ke camana?

Doktor yg rawat dia mesti cek habis 1 badan dia luar dalam, takut2 kena penyakit berjangkit & mcm2 la.....cuma Dr tu yg blh bagi jwpan uols
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:34 PM | Show all posts
Mau tak trauma yang menculik pun bukan kaleng2 pasti ramai dah boleh jangka apa yang dia dah lalui
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:54 PM | Show all posts
dengan family pun belum tentu dia nak cerita. ni pulak dengan org luar. tunggu la tenang2 dulu. sejenis nak jadi yg terpaling semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gamabr dia sekeluarga dah kluar kat BERNAMA.
Tolong paste, aku tak reti ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap takde la acik2 porem bertunggu tangga kat umah azi tu yaa kot2 la memasing menyamar jadi kain lap kaki ke, kain buruk, berus jamban ke apa demi mendapatkan berita terkini lagi sensasi
Kat rumah2 retis boleh laa gitu nih mangsa culik dia pun masih trauma bg la dia ruang okey
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengajaran: kalau hilang letak gambar sebenar..letak gambar filter lambat jumpa..lain sangat kak oi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 05:21 PM | Show all posts
Syukur dapat kembali ke pangkuan keluarga.. Allahuakhbar tentu trauma seperti mati hidup semula..
Ramai lagi warga Malaysia diculik masih belum pulang.. Entah berpeluang pulang atau tidak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 05:23 PM | Show all posts
Suchi replied at 3-10-2022 05:03 PM
Harap takde la acik2 porem bertunggu tangga kat umah azi tu yaa kot2 la memasing menyamar jadi kain  ...

"Harap takde la acik2 porem bertunggu tangga kat umah azi tu yaa kot2 la memasing menyamar jadi kain lap kaki ke, kain buruk, berus jamban ke apa demi mendapatkan berita terkini lagi sensasi".


Yg ni lawak uol.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 05:27 PM | Show all posts
surfin_net82 replied at 3-10-2022 05:07 PM
Pengajaran: kalau hilang letak gambar sebenar..letak gambar filter lambat jumpa..lain sangat kak oi

hahhahahahhaaa betul betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 3-10-2022 05:23 PM
"Harap takde la acik2 porem bertunggu tangga kat umah azi tu yaa kot2 la memasing menyamar jadi ka ...

Dah semua pakat nak jadi terpaling serba tau
Kang nnt ada yg tumpahkan teh itu ini
Pastu bila tanya cemana ko tau ko duk serumah ngn dia ke?
Yelaa aku kan mangkuk tandas kat umah dia sbb tu semua aku tauu

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_PariS replied at 3-10-2022 05:27 PM
hahhahahahhaaa betul betul

Memang lain sungguh ke uols dgn gambo yang diwar2 kan tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.161223 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list