Semangat kekeluargaan menjadi ‘azimat’ buat Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendominasi arena bola sepak tempatan dengan kejayaan triple hatrick dilakarkan kelab berkenaan.
Kejayaan menundukkan Negeri Sembilan 5-0, malam kelmarin menyaksikan JDT sah memenangi kejuaraan Liga Super sembilan kali berturut-turut. Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencapaian pasukannya yang berterusan mencipta kejayaan demi kejayaan adalah hasil usaha keras semua pihak dan tidak sekadar turun dari ‘langit’.
“Kejayaan sebuah kelab tidak datang secara tiba-tiba namun ia dibina. Kami saling menyanyangi, menghormati dan sanggup mati untuk satu sama lain. “Kami bukan hanya kelab semata-mata namun adalah sebuah keluarga,” tulis Tunku Ismail menerusi laman Instagram miliknya. Skuad Harimau Selatan terus membuatkan pasukan lain ‘gigit jari’ untuk merasai kejuaraan utama liga tempatan.
|
ADVERTISEMENT