CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1234|Reply: 6

'Sanggup Mati Untuk Satu Sama Lain' - TMJ

[Copy link]
Post time 3-10-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Semangat kekeluargaan menjadi ‘azimat’ buat Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendominasi arena bola sepak tempatan dengan kejayaan triple hatrick dilakarkan kelab berkenaan.


Kejayaan menundukkan Ne­geri Sembilan 5-0, malam kelmarin menyaksikan JDT sah memenangi kejuaraan Liga Super sembilan kali berturut-turut.




PENYERANG JDT Arif Aiman cuma melepasi kawalan pemain Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam kelmarin.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI





Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencapaian pasukannya yang berterusan mencipta kejayaan demi kejayaan adalah hasil usaha keras semua pihak dan tidak sekadar turun dari ‘langit’.


“Kejayaan sebuah kelab tidak datang secara tiba-tiba namun ia dibina. Kami saling menya­nyangi, menghormati dan sanggup mati untuk satu sama lain.


“Kami bukan hanya kelab semata-mata namun adalah sebuah keluarga,” tulis Tunku Ismail menerusi laman Instagram miliknya.


Skuad Harimau Selatan terus membuatkan pasukan lain ‘gigit jari’ untuk merasai kejuaraan utama liga tempatan.




  



JDT bermain ‘bunga api’ lebih awal selepas pencabar terdekat, Sabah FC tewas 0-2 di tangan Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu.


Kekalahan skuad Badak itu menyaksikan perebutan takhta Liga Super berakhir memandang­kan JDT tidak lagi boleh dikejar mana-mana pasukan pada musim ini.








Sebelum ini, JDT II dinobatkan juara Liga Perdana manakala JDT II merangkul trofi Piala Presiden sekali gus membuktikan kelab itu memiliki kualiti yang sukar dicabar di semua peringkat.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg puak2 ni jenis out of touch?bebal ke hapa.di saat negara jiran kematian sampai 180 lebih  termasuk kanak2 sbb bola.ko nak bergegar ckp pasal sanggup mati?dude..it's just a football.club level negara kelas ke 3 je  pun
bukan nak berperang
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 01:22 PM | Show all posts
mati jelah kalau mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sanggup bermatian demi pertahankan agama & negara..lain maciam ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Di indon lain plak...sbb merusuh bkn bermain
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayam kampung je pun. Pi Jepun habis kena belasah, berapa tu? 5-0? Pft.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat yer semangat juang deols...
Deols ni main sampai peringkat mana dah yer. Dah wakil Asia ke? Aiols memang lama stop layan bila ni mmg tak tahu apa2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.525283 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list