CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Susah Berjalan Dan Luruskan Badan, Azira Shafinaz Menderita Akibat Slip Disc

3-10-2022 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1395| Komen: 0

Pernah menanggung sakit akibat slip disc, penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz mengakui lebih berhati-hati ketika melakukan pergerakan lasak.

Kata anggota kumpulan De Fam ini, dia perlu berwaspada agar kesakitan tersebut tidak kembali.

Foto: IG

“Saya disahkan mengalami slip disc sejak 2014 selepas jatuh tangga. Setelah melakukan rawatan, kesakitan yang dialami pulih sepenuhnya.

“Dulu, kesannya sangat teruk, sampai sukar untuk berjalan dan luruskan badan. Saya lebih banyak duduk.

“Meskipun kesakitan itu sudah tiada, saya tetap berhati-hati dan menjaga pergerakan, terutama ketika melakukan aktiviti lasak,” katanya yang bakal muncul dengan filem Talbis Iblis.




Kata pelakon Penunggang Agama 2 ini lagi, dia banyak melakukan rawatan fizikal untuk sembuh tanpa pembedahan.

“Doktor tidak sarankan saya melakukan pembedahan. Katanya slip disc yang saya alami tidak teruk.



“Saya banyak melakukan fisioterapi dan rawatan akupunktur. Alhamdulillah, ia berhasil menyembuhkan kesakitan,” kongsinya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.065476 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top