CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Enam Bulan Susah Payah Berniaga, Fatin Afeefa Beli Kereta Mewah Mercedes- "Bukan Daddy-Kasi"

3-10-2022 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5572| Komen: 54

Description: Fatin Afeefa berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli kereta idaman jenis Mercedes AMG GLE43 Coupe hasil kerja keras dalam perniagaan yang diusahakan.
Fatin Afeefa berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli kereta idaman jenis Mercedes AMG GLE43 Coupe hasil kerja keras dalam perniagaan yang diusahakan.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, memberitahu kereta mewah tersebut dibeli sebagai hadiah buat dirinya yang telah bersusuah payah selama enam bulan sebagai seorang usahawan.

Foto: IG

"Enam bulan bersusah payah sebagai ahli perniagaan, inilah keputusannya. Segala penat lelah dan air mata akhirnya berbaloi!" katanya.

Fatin berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di media sosial miliknya sambil memuat naik gambar bersama kereta mewah miliknya.


Dalam pada itu, Fatin berkata, keputusan yang dibuat untuk memperlahankan kerjaya dalam bidang lakonan dan memberi tumpuan kepada perniagaan sangat berbaloi buat dirinya.




"Pelik kan? Saya perlahankan aktiviti dalam bidang lakonan dan nyanyian untuk memberi fokus kepada dunia perniagaan, dan saya tidak menyesal. Saya percaya mengejar impian adalah cara terbaik untuk diri sendiri.

"Saya beri fokus selama enam bulan kepada @leanbyfa, ejen pun kawan-kawan terdekat, marketing pun ala kadar. Fa (Fatin) la bos, Fa la kuli. Tapi keputusan yang saya dapat.... Masha Allah! Terima kasih semua," jelasnya.

Dalam pada itu, Fatin juga turut menasihati peminat terutama golongan wanita untuk terus berusaha membina kerjaya dan tidak berputus asa mengejar impian.



"Wanita... Anda perlu ada impian sendiri dan paling penting kerjaya. Bina impian anda sendiri. Jangan mengharapkan "Daddy-Kasi" saja, nanti ada orang buat konten," pesannya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat pelakon tersebut mengucapkan tahniah sekaligus tumpang gembira dengan kejayaan yang dikecapi olehnya.



"Tahniah Faa, betul-betul seorang wanita berkejaya ni.

"Paling penting kalau periksa nombor plate nama sendiri. Tumpang bangga dengan awak Fatin. Tahniah!



"Sebagai wanita saya pun tumpang bangga. Moga terus maju jaya dalam perniagaan Fa," antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 3-10-2022 11:20 AM
wahhh berniaga apa tu sis???
Quote slyfynx 3-10-2022 11:20 AM
Nak tanya, siapa sini nak jadi agent?


Tgk ayat ni terus aku cringe.
Ramai tol la stockis amik brg retis2 ni ye
Quote akuHavocczz 3-10-2022 11:24 AM
slyfynx replied at 3-10-2022 11:20 AM
Tgk ayat ni terus aku cringe.
Ramai tol la stockis amik brg retis2 ni ye

Sebab ramai yang membeli nya. for example product makanan, kawan sendiri ada jual benda sama harga jauh lebih murah. takde nya nak support. bila retis jual harga mark up kaw kaw tetap beli 10 gitu. Sapot retis konon nya. Padahal retis tu kenal dia pun idok.
Quote akuHavocczz 3-10-2022 11:26 AM
Ye le tu.. Orang T20 pun belum tentu boleh beli kereta mewah lepas 6 bulan niaga. selalu bertahun tahun baru tukar kereta. Even, nadiyah shahab dgn ben pun kete bese bese je tahun tahun awal.
Quote noorhairiahma 3-10-2022 11:33 AM
berniaga apa tu?
Quote nb_17 3-10-2022 11:43 AM
Cayo lerrrrr
Quote lasagna 3-10-2022 11:52 AM
urmm berniaga apo acik ni? tak prnh plak tau product dia..
jap plat kete 'U' ni negeri mana ek? tak prnh tau pulak. Ke dia bid utk plat U?
ke dia padam huruf depan tu?
Quote aammyy 3-10-2022 12:11 PM
Meniaga apa 6 bulan dh dpt untung? Asal berjaya je beli kereta, asal beli kereta je berjaya. Benda tu bukan ada untung. Taktau la kalau maksudnya mampu beli barang yg tak untung.
Quote tootii 3-10-2022 12:25 PM
klau kes mcm ni, kita iye kan ajer .. walaupun walaupun walaupun ..
Quote DeLuna85 3-10-2022 12:32 PM
Hahah mencari agent harusla beli merc.
Quote TerataiMelur02 3-10-2022 12:34 PM
Tu je la pengukur kejayaan seseorang retis?

Nak ot..benang haji noh meludah atas pentas takde lagi ke?
Quote dejure 3-10-2022 12:35 PM
noorhairiahma replied at 3-10-2022 11:33 AM
berniaga apa tu?

Jual apam dan donut
Quote dejure 3-10-2022 12:36 PM
noorhairiahma replied at 3-10-2022 11:33 AM
berniaga apa tu?

Jual apam dgn donut
Quote marlow 3-10-2022 12:36 PM
Produk ape yg dia jual??
Quote September14 3-10-2022 12:42 PM
Dia ni dgn opai mamat trading tu kan??
Quote scarflicious 3-10-2022 01:25 PM
Jap... Dia meniaga apa?
Quote bedahmenjuyah 3-10-2022 01:30 PM
Beli merc kira dah berjaya. Senang nya ukuran kejayaan. Dah la meniaga 6 bulan je pon. Dia ni ada anak kan. Kalau dia tunjuk beli rumah lg relevan compare beli kereta.
Quote lattehazelnut 3-10-2022 01:43 PM
Lah semua template same je..
Jual produk timbang kilo, konon berjaya..
Lepastu bergambar dgn kete mewah..
Cuba dua tiga bulan sok da hbis sewa kete tgk ada lg x kete tu?
Quote tikusmontok 3-10-2022 01:47 PM
6 bulan jer???  Tak berniaga ke? Berniaga jugak (teringat dialog drama lama)

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059140 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top