CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gigit Dan Tumbuk Kawan Di Tadika Sebab Ketagih Tengok Kartun Ganas

3-10-2022 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1142| Komen: 7

Program kartun kanak-kanak sewajarnya memiliki karektor menarik, membangkitkan rasa seronok dan menghiburkan golongan anak kecil.

Malangnya muncul lambakan kartun aneh dan pelik dikesan tersebar meluas di media sosial yang mampu mencetuskan emosi trauma, ganas serta perilaku 'gila' dalam kalangan kanak-kanak.

Kebanyakan kartun ini tidak secomel disangka apabila hadir dalam pelbagai bentuk menakutkan hingga boleh menimbulkan persoalan, adakah ia sesuai ditonton untuk golongan kecil ini?


Gambar Hiasan

Kebebasan dan sikap terbuka ibu bapa terhadap penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak menjadi punca golongan kanak-kanak mudah terdedah dengan kartun 'beracun'.


Mendedahkan perkara itu jurutera perisian, Mohd Kamil Kamaruddin, 36, mengakui kecuaian yang membenarkan beberapa anak kecilnya melayari media sosial menggunakan tablet sebelum ini.

Menurutnya, pelbagai kartun aneh ditonton anaknya tanpa disedari terutama ketika dia sibuk melakukan tugas di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

"Walaupun pada awalnya dia menonton kartun pendidikan seperti Blue's Clues, WordWorld dan Upin Ipin namun tanpa disedari anak lelaki saya yang berusia enam tahun itu turut 'dibawa' melihat kartun yang 'pelik-pelik'.

"Kebetulan anak saya boleh membuka sendiri aplikasi YouTube tanpa perlu diajar serta mencari kartun diminati. Ketika itu saya dapati anak saya mula ketagih kartun berunsur keganasan," katanya ketika dihubungi wartawan.

Menurutnya, kartun memaparkan watak makhluk berwarna biru dan memiliki gigi tajam itu tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak berikutan ia berunsur keganasan.

"Watak kartun sadis itu akan memakan watak kartun lain. Terdapat unsur kekejaman dan darah bersemburan selain watak kartun itu menunjukkan aksi menikam dan memenggal kepala.

"Begitu juga dengan watak satu lagi kartun yang mengejar manusia dan membunuh mangsa tanpa alasan munasabah," katanya.

Kamil berkata, kartun aneh menyeramkan ini ternyata akhirnya merosakkan emosi dan tingkah laku anak-anaknya berbanding sebelum menonton kartun berkenaan.

"Anak saya menjadi trauma pada suasana gelap dan penakut keterlaluan. Jika sebelum ini dia berani naik ke tingkat atas rumah untuk mandi atau mengambil mainan namun kini, dia tidak lagi berani melakukannya bersendirian.

"Bila ditanya, dia memberi alasan takut kartun yang ditonton. Saya dan isteri bingung dan mengambil keputusan mengharamkan penggunaan tablet atau telefon pintar kepadanya," katanya.

Sementara itu, guru sekolah menengah, Zarina Osman, 45, berkata, kartun kanak-kanak seharusnya mempunyai nilai pengajaran, komedi serta menolak unsur negatif keganasan.

"Watak sesuatu kartun seharusnya sesuai dengan sasaran usia penonton tanpa mencemarkan pemikiran kanak-kanak yang belum pandai menilai buruk dan baik kartun ditonton.

"Sebelum ini ada satu kartun tersebar meluas di media sosial memaparkan watak comel yang melakukan pembunuhan.

"Namun tidak kurang juga dengan beberapa watak kartun lain yang turut memaparkan aksi ganas yang boleh menjadi ikutan kanak-kanak," katanya yang mempunyai anak lelaki berusia lima tahun.

Menurutnya, anaknya begitu mudah meniru dan terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di dalam kartun tanpa tapisan terutamanya membabitkan aksi ganas.

"Salah seorang anak saya menunjukkan tingkah laku yang agresif hingga bertindak menggigit dan menumbuk rakannya di tadika kerana meniru aksi satu watak kartun.

"Memang saya terkejut dan marah namun apa yang boleh dilakukan adalah memastikan dia tidak lagi melekat di televisyen atau Youtube sepanjang masa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BeskotCekelat 3-10-2022 11:15 AM
Kalau zaman aku study dulu, kartun kiut yang ganas bunuh2 ni "Happy Tree Friend".
Maybe budak2 tertengok series tu dalam youtube.
Zaman sekarang ada kartun kiut-ganas baru ke?
Quote Highflyer19 3-10-2022 11:19 AM
Lain kali soh tengok smurfs…aman adja konsepnya
Quote dekmieDandy 3-10-2022 12:13 PM
kat rumah iolls ni stress budak asik tengok rainbow friends

terus iolls rampas remote sebab macam lucah benda tu

Quote ctaz 3-10-2022 12:16 PM
kartun apa yg tak gnas....
kartun tom and jerry pun ganas...kalau nak di ikutkan...
Quote ifanonline 3-10-2022 12:22 PM
ctaz replied at 3-10-2022 12:16 PM
kartun apa yg tak gnas....
kartun tom and jerry pun ganas...kalau nak di ikutkan...

true...tidak ada kartun yg tidak ganas...tapi memang kena hati2 dgn youtube dan tiktok ni...almost 90% content dlm both media adalah sampah...tahap sampah dier boleh dikategorikan sebagai haram utk di consume...
Quote VespaSilbe 3-10-2022 12:25 PM
anak aku pernah kena hempuk ngan kerusi.. cikgu leka main phone
Quote glump 3-10-2022 01:57 PM
Edited by glump at 3-10-2022 02:00 PM

Tak suka kalau budak tengok hagemaru ke ..kartun tu Tak sopan sungguh.dah budak2 tu ikut.
Kat sekolah tadika anak sedara tu ada sorang budak tu..dia suka cubit kawan2 sekelas sampai nagis ,suka makan bekal orang sampai abis dah tu ambik brang budak lain.so adik ku ambik keputusan pindahkan anak dari sekolah tu. Tak mau kawan nagn budak toxic

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048558 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top