CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batuk Tak Hilang-Hilang Dan Sesak Nafas, Rupanya Kanser Darah

3-10-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5108| Komen: 64

Description: LIPIS – Ketika pemuda lain berpeluang keluar bekerja dan menjalani kehidupan bahagia berkeluarga, namun nasib Khai­rulezwan Ibrahim, 30, berbeza apabila dia terpaksa berulang- alik ke hospital akiba ...
LIPIS – Ketika pemuda lain berpeluang keluar bekerja dan menjalani kehidupan bahagia berkeluarga, namun nasib Khai­rulezwan Ibrahim, 30, berbeza apabila dia terpaksa berulang- alik ke hospital akibat penyakit kanser darah.


Penyakit yang dikesan sejak tiga tahun lalu itu menyebabkan dia tidak lagi dapat bekerja dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Ampang termasuklah menjalani kemoterapi.

“Pada usia ini saya tidak dapat membantu keluarga, sebaliknya terpaksa bergantung kepada mereka untuk urusan harian.

“Setiap kali menjalani rawatan di Hospital Ampang, ahli ke­luarga terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM1,200 untuk dua hari dan sekiranya berulang-alik dua kali sebulan, perbelanjaan hampir RM2,500,” katanya di sini.


Foto: Kosmo


Dalam pada itu, menceritakan mengenai penyakit dideritainya, Khairulezwan berkata, ia bermula apabila dia diserang batuk berpanjangan dan sesak nafas.

Katanya, dia kemudian dibawa ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan sebelum didapati mengalami bengkak kelenjar dan komplikasi di bahagian dada.

“Kemudiannya saya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk pemeriksaan seterusnya dan doktor mengesahkan saya menghidap penyakit kanser darah sebelum saya mula menjalani kimoterapi di Hospital Ampang,” ujarnya.

Khairulezwan memberitahu, dalam tempoh tiga tahun, dia sudah sembilan kali menjalani kemoterapi dan 12 kali radioterapi serta sekali pemindahan darah untuk tujuan rawatan.

Sementara itu, ibunya, Hawa Mudu, 70, berkata, dia sebak melihat perubahan fizikal anaknya yang semakin kurus dan kadang-kadang mengalami tekanan.

Katanya, pada masa ini anak­nya itu tidak menerima sebarang bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pusat zakat.

Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Khairulezwan di talian 014-6639198 atau menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional (Khairulezwan) 4773950004718006. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 3-10-2022 10:20 AM
Nasihat aku secara am: Berhati2 sebelum derma lepas baca apa2 cerita sedih. Pastikan dulu orang tu bukan scammer atau orang yang jenis mengambil kesempatan atas keadaan.
Quote Thunderclouds 3-10-2022 11:37 AM
Exactly what happened to asben i. Batok xhilang2. Suspect tb,tp bukan. Tup tup...hmmmmm
Quote najib888 3-10-2022 12:49 PM
apasal wartawan pemalas sangat.. Lipis je dia tulis.. susah ke nak taip Kuala? apa2 pun, moga ada jalan terbaik utk saudara Khairulezwan ni..
Quote makita 3-10-2022 12:58 PM
Thunderclouds replied at 3-10-2022 11:37 AM
Exactly what happened to asben i. Batok xhilang2. Suspect tb,tp bukan. Tup tup...hmmmmm

Alamaaaak....meols jenis baru berbulan2 secara berkala dekat 15 tahun. Dah pegi klinik, xde pape. Last2 pegi check kat KK, amek darah, air kencing , X ray suma. Dah check, doctor kata paru2 sensitif habuk je so tak ada ubat diberi.
Quote diss69 3-10-2022 01:17 PM
2 tahun lps akk batuk on off kat sebulan, g klinik panel je..dh 3,4 kali pegi,doc suggest ke hospital
Buat xray,pastu ct scan,rupanya sinus dh teruk..6 hari kat wad abiskan antibiotics..Smpai skrng alhamdulillah xada lagi batuk²..
Quote shernazz 3-10-2022 01:30 PM
Thunderclouds replied at 3-10-2022 11:37 AM
Exactly what happened to asben i. Batok xhilang2. Suspect tb,tp bukan. Tup tup...hmmmmm

Tup tup.apo.uols?iols neh dahnpuas disyaki kena covid n tibi
Test semua dah buat tapi.masih lagi batuk2.ni..
Penat ooo..sebab nak gelak.tak.boleh..mesti batuk2
Quote Orix 3-10-2022 01:42 PM
iols pn selalu batuk2
Quote Kitty_catz 3-10-2022 01:45 PM
ehhh mak kawan meols pun sama.. ingat long covid, check2 C stage 4 teruih

tataw la sebab faksin jd accelerate segala mala

Quote mejaputih 3-10-2022 01:50 PM
iols sblm pkp dulu kat  ofis selalu sgt batuk2 berpanjangan lebih dari 3 bulan...dah test pelbagai, darah, xray dsb takde tb semua...last2 try gi klinik kat tmpt lain doktor bagi utk gastrik...alhamdulillah beransur pulih dan bila PKP dah takde batuk2 kecuali kena covid ari tu, tu pun mild je cpt baik. amik supplement tigermilk mushroom lps kena covid. tp lps abis batuk terus stop supplement. skrg jaga perut jgn bg gastrik lagi...pastu bila selsema cpt2 treat before melarat jadi batuk. iols sng kena selsema sbb ada sinus.
Quote acikhan 3-10-2022 01:51 PM
haku pun kerap batuk kdg2 berminggu2, batuk yg sakit dada tu kong2 x selesa tido siang mlm + haku da la Ade asthma lg teruk kene kdg2 terpaksa pakai nap sbb nk nafas x boleh tarik...
Quote mojarean_X 3-10-2022 01:52 PM
Iols pun on off. Tp iols gatal minum ais.
Quote Thunderclouds 3-10-2022 01:56 PM
shernazz replied at 3-10-2022 01:30 PM
Tup tup.apo.uols?iols neh dahnpuas disyaki kena covid n tibi
Test semua dah buat tapi.masih lagi b ...

Tup tup cancer kaka shernazz..setahun jugek ulang alik sepital ampang tuhhh..bad memories. Iols block terus dlm ingatan.
Quote Thunderclouds 3-10-2022 01:59 PM
makita replied at 3-10-2022 12:58 PM
Alamaaaak....meols jenis baru berbulan2 secara berkala dekat 15 tahun. Dah pegi klinik, xde pape.  ...

Ada demam on/off dak? Lumps anywhere kt badan? Weols tau lepas doc amek sample wat biopsy.
Quote semahsally 3-10-2022 02:26 PM
same lahh meols pon..asik la batuk..dah la ade asthma..seksa batuk ha..tekak gatal jer rase..sore serak je selalu..sedehh
Quote Kiyah 3-10-2022 05:51 PM
U, I dah batuk start kena covid in April sampailah skrg dah Oct..I xde demam on off atau lumps anywhere..n so far I boleh brisk walk 3-4km xde
semput or anything..bdn rasa sihat je cuma tu lah batuk ni bila la nak hilang
Quote shernazz 3-10-2022 06:17 PM
Thunderclouds replied at 3-10-2022 01:56 PM
Tup tup cancer kaka shernazz..setahun jugek ulang alik sepital ampang tuhhh..bad memories. Iols bl ...

Sedihnya uols...
Iols neh risau..
Last week check la.kat klinik kerajaan...next week br jumpa doc lg..
Last year iols buat operation sinusitis...takde perubahann
Kiranya perubahan tu kejap je batuk tu hilang..pastu ada balik
Quote aina_shaira 3-10-2022 06:31 PM
Thunderclouds replied at 3-10-2022 01:56 PM
Tup tup cancer kaka shernazz..setahun jugek ulang alik sepital ampang tuhhh..bad memories. Iols bl ...

Kanser apa? Punca apa
Quote jazaa100 3-10-2022 06:42 PM
Thunderclouds replied at 3-10-2022 11:37 AM
Exactly what happened to asben i. Batok xhilang2. Suspect tb,tp bukan. Tup tup...hmmmmm

Kanser darah ni leukimia lah kann.....

Semuga ur hb cepat sembuh.....Aaminn
Quote eizzlin 3-10-2022 06:52 PM
Thunderclouds replied at 3-10-2022 11:37 AM
Exactly what happened to asben i. Batok xhilang2. Suspect tb,tp bukan. Tup tup...hmmmmm

Hubby sis sakit apa...Sy sndr pun batuk dh 5 6 bln xhilang2...hbs dh semua.ubat telan..antibiotik bergelen2...ubat batuk apa yg xtry..sedihlah

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.076596 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top