Johor Bahru: Hasrat seorang pelanggan untuk membasuh pakaian di pusat dobi layan diri di Taman Impian Emas di sini, semalam terbantut selepas terkejut dengan penemuan seekor ular sawa di dalam salah satu mesin basuh di premis itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Mohd Jamal berkata, pelanggan berkenaan kemudian melaporkan kejadian kepada pemilik premis yang kemudian menghubungi bomba. Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan itu pada jam 9.41 pagi. "Anggota operasi yang tiba di lokasi mendapati seekor ular sawa sepanjang 1.8 meter seberat 20 kilogram di dalam salah satu mesin basuh di pusat dobi layan diri itu.
"Reptilia itu berjaya ditangkap dan dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan orang awam," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini. Kata Suhaimi, reptilia yang ditemui itu tidak agresif ketika cuba ditangkap namun menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri apabila berdepan ular. -CARI Sumber: Harian Metro
|
annadonna replied at 2-10-2022 02:39 PM
Ada org letak kot ni sabotaj owner. Mustahil ular tu masuk memanjat melingkau tak ada sesiapa sedar.
makneng replied at 2-10-2022 03:28 PM
Mak plak pikir owner dah x nak bela..so nak buang. Pikir punya pikir..letak la dlm washer. X panas.
Tinot7 replied at 2-10-2022 08:14 AM
Ada ka org bela ulau sawa kat mesia ni?
Tinot7 replied at 2-10-2022 04:14 PM
Ada ka org bela ulau sawa kat mesia ni?
delsmomm replied at 2-10-2022 04:28 PM
ehh ade babe..
Jiran rumah lama aku dulu ada bela Python ni.. dari baby dia bela..
Belibis replied at 2-10-2022 04:30 PM
Ada not..yang kat penang ka apa...nama ulau sawau dia kiah..
Tinot7 replied at 2-10-2022 05:41 PM
Alahai.. nama so kg.com takleh ka bg nama vogue sikit mcm britney ka, christina ka..
delsmomm replied at 2-10-2022 04:28 PM
ehh ade babe..
Jiran rumah lama aku dulu ada bela Python ni.. dari baby dia bela..
Belibis replied at 2-10-2022 07:19 PM
Kalau nama alisya damia pun tetap la jugak tak boleh buat binik..
Jitu replied at 2-10-2022 10:58 PM
selalu ada komen acik2 merembes bila tengok abam bomba
thread ni takde pulak
kotakbaju replied at 2-10-2022 11:04 PM
Nampak pun sipi2 camtu tak boleh nak evualasi
ADVERTISEMENT