CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenderaan Halang Laluan Cetus Pergaduhan Di Persimpangan SK Sri Gombak 2

2-10-2022 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 467| Komen: 0

Description: Kesesakan lalu lintas akibat kenderaan yang menghalang laluan dipercayai menjadi punca pergaduhan dua pemandu di persimpangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gombak 2, Batu Caves, di sini, semalam.
Kesesakan lalu lintas akibat kenderaan yang menghalang laluan dipercayai menjadi punca pergaduhan dua pemandu di persimpangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gombak 2, Batu Caves, kelmarin.


Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 11 saat memaparkan pergaduhan dua individu di lokasi berkenaan yang tular di media sosial, semalam.


Pergaduhan antara dua pemandu di persimpangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gombak 2, Batu Caves, Gombak, semalam, yang tular di media sosial, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca

"Kami menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang juga salah seorang pemandu kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.


"Hasil siasatan dilakukan mendapati kejadian itu berlaku jam 2.30 petang di persimpangan SK Sri Gombak 2, Batu Caves," katanya dalam kenyataan, semalam.

Noor Ariffin berkata, pergaduhan itu bermula dengan pertengkaran mulut antara pengadu dengan seorang pemandu kenderaan ekoran kesesakan lalu lintas di persimpangan berkenaan.

"Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada kenderaan pengadu yang menghalang kenderaan suspek.

"Justeru itu, kami meminta kerjasama orang ramai yang melihat dan membantu meleraikan pergaduhan itu supaya tampil membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara hingga satu tahun atau denda.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nurul Syazleeyana Atarbacha di talian 03-61262222 atau 018-9636942 bagi membantu siasatan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045130 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top