Tiga bulan menghilang, pelakon Amber Heard akhirnya dikesan di Sepanyol bersama anaknya, Oonagh Paige. Memetik laporan TMZ, Amber kini berada di Palma de Mallorca yang turut ditemani rakan karibnya, Bianca Butti.
Menerusi gambar yang tersebar, Amber dilihat gembira bermain dengan anaknya di atas buaian serta berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut. Difahamkan, pelakon ini memilih untuk meninggalkan Hollywood dan menjalani hidup dengan lebih tenang di tempat yang tiada mengenalinya.
Kali terakhir Amber dilihat adalah pada bulan Jun lalu ketika menaiki sebuah jet peribadi selepas kalah dalam kes saman yang difailkan terhadap bekas suaminya, Johnny Depp. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Amber ke Sepanyol hanya untuk bercuti mahupun bakal berpindah ke negara itu. Ini kerana Amber masih lagi memiliki urusan rayuan terhadap kes saman terhadap Johnny yang sedang berjalan dan menanti perbicaraan. Amber kini dilaporkan tidak mempunyai sebarang projek lakonan malah produksi sebuah filem telah menggugurkan namanya. Sumber: mStar
|
whimsicalmusic replied at 2-10-2022 03:17 PM
Anak die ngn sape tu?
Page88 replied at 2-10-2022 10:24 PM
The baby is hers. She got the baby through surrogacy.
Page88 replied at 2-10-2022 10:24 PM
The baby is hers. She got the baby through surrogacy.
mizzmimi replied at 3-10-2022 08:24 AM
Melihatkan perangai narcissistic AH ni membuatkan iols kesian kat anak dia tu.. apalah nasib.. moga2 ...
KBW2 replied at 3-10-2022 08:54 AM
Dikatakan Elon Musk penyumbang benih
cattiecute replied at 3-10-2022 11:37 AM
anak dia akan nasib macam gigi dengan bella hadid
yolanda hadid control semua
mizzmimi replied at 3-10-2022 03:20 PM
Esp kalo betul budak tu anak EM. Betoi2 anak emas
cattiecute replied at 3-10-2022 03:37 PM
katanya elon musk dah buat deal kata dia tak ngaku tu anak dia even tu sperm dia.
so takleh mintak ...
shida81 replied at 6-10-2022 06:36 PM
Knp nama ank dia x follow family name dia.. Ak tertinggal ketapi..
mizzmimi replied at 3-10-2022 08:22 AM
Who is the father? Or did she use unknown sperm donor?
mizzmimi replied at 3-10-2022 03:19 PM
Pergh.. if its EM's.. kayooo la ko Oonagh.. sure AH tuntut habis2an..
ADVERTISEMENT