Siapa yang tidak sakit hati mengenangkan nasib ditipu oleh pengasas produk. Lebih malang apabila mereka terpaksa menanggung kerugian gara-gara barangan jualan tidak laku.
Kerugian bukan ratusan ringgit, tetapi mencecah ribuan selepas mengambil stok produk untuk dijual. Turut ditimpa nasib malang itu adalah seorang pemuda yang menggelarkan dirinya Fareed, mengalami kerugian besar yang dakwanya disebabkan oleh pengasss produk. Tanpa mendedahkan produk dan pengasas berkenaan, Fareed menerusi perkongsian video di laman TikTok mendakwa dirinya ditipu hidup-hidup angkara sikap pengasas yang tidak bertanggungjawab.
"Ditipu hidup-hidup dengan founder sampah! "Aku terpaksa buang semua ini walaupun kerugian besar," tulisnya pada video tersebut. Menerusi video tersebut, kelihatan dua lelaki mengusung satu kotak besar mengandungi stok yang tidak laku dipercayai produk kecantikan sebelum dicampakkan ke dalam tong sampah. Menurut Fareed, pengeluaran produk itu juga dihentikan oleh pengasas itu sendiri, namun tidak diperjelaskan sebab dia berbuat demikian.
|
ujio replied at 2-10-2022 12:28 PM
Adoiiii....masih lg nak percaya segala founder mounder niii...
kechikchomel replied at 2-10-2022 12:35 PM
Kambus belakang rumah kak dudaaa
tupai replied at 2-10-2022 12:56 PM
Ejen2 ni dok dlm gua ke selama ni….tlg la rajinkan membaca utk elakkan kena tipu dgn founder2 sampa ...
cmf_premierleag replied at 2-10-2022 02:26 PM
Itu la aku heran..padahal memasing pegang fon kt tangan..takkan x penah cross over isu2 psl founde ...
ADVERTISEMENT