Polis mengesahkan satu mesej tular di media sosial bertajuk ‘amaran kepada semua ibu bapa atau penjaga mengenai harga organ di Malaysia’ adalah palsu.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran seperti mana mesej yang ditularkan itu. “Kita kesan mesej tular tersebut di media sosial yang menyenaraikan harga jualan bagi organ manusia seperti jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan hati. “Mesej itu turut mendakwa kononnya pihak Bukit Aman mengeluarkan amaran berkenaan dua kenderaan berwarna putih dikatakan terlibat dalam kegiatan penculikan manusia dan penjualan organ terutamanya kanak-kanak berusia bawah 15 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, tiada sebarang laporan polis diterima seperti yang dimaksudkan dalam mesej tular tersebut. “PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh serta tidak membuat perkongsian sebarang hantaran mesej di aplikasi media sosial yang tidak sahih,” ujarnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
rosedemon replied at 2-10-2022 12:47 PM
mslahnya camane nak kesan siapa yg tulis msesej berantai ni
airfilterkotor replied at 2-10-2022 11:22 AM
Tangkap jer penyebar mesej macam ni.
Suka menimbulkan kacau ganggu awam tanpa sebab.
VespaSilbe replied at 3-10-2022 09:23 AM
nih tak betul ye.. semalam bukan MB dia suruh doa ramai2 ke.. aku tgk awani gitu2 jah
airfilterkotor replied at 3-10-2022 01:19 PM
NADMA dah terangkan, insinyiur TNB kata apa?
Kalau petik sekerat² cerita, air laut pun boleh nai ...
VespaSilbe replied at 3-10-2022 01:30 PM
aku pun tatau hujung pangkal .. bukak2 awani mb Ganu kata suruh rakyat doa.. pastu selit gambaq ba ...
ADVERTISEMENT