CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1190|Reply: 11

Mesej Amaran Penculikan Dan Harga Organ Di Malaysia Menular Di Whatsapp

[Copy link]
Post time 2-10-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Polis mengesahkan satu mesej tular di media sosial bertajuk ‘amaran kepada semua ibu bapa atau penjaga mengenai harga organ di Malaysia’ adalah palsu.


Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran seperti mana mesej yang ditularkan itu.


“Kita kesan mesej tular tersebut di media sosial yang menyenaraikan harga jualan bagi organ manusia seperti jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan hati.


“Mesej itu turut mendakwa kononnya pihak Bukit Aman mengeluarkan amaran berkenaan dua kenderaan berwarna putih dikatakan terlibat dalam kegiatan penculikan manusia dan penjualan organ terutamanya kanak-kanak berusia bawah 15 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Gambar Hiasan




Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, tiada sebarang laporan polis diterima seperti yang dimaksudkan dalam mesej tular tersebut.


“PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh serta tidak membuat perkongsian sebarang hantaran mesej di aplikasi media sosial yang tidak sahih,” ujarnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 11:22 AM | Show all posts
Tangkap jer penyebar mesej macam ni.
Suka menimbulkan kacau ganggu awam tanpa sebab.

Sama jaa baru-baru ni dok tersebar pasal Empangan Kenyir baru-baru ni.
NADMA cerita konteks lain, tukang pemula medsos dok cerita lain.
Maunya tak gelabah teks acik-acik sana bila dapat info gini.
Nampak sangat bukan bidang dia tapi nak bersembang jugak pasal struktur empangan.

Yang pasti, tukang taip wasap tu bukan ahli ensinyiur TNB.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 12:47 PM | Show all posts
mslahnya camane nak kesan siapa yg tulis msesej berantai ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 12:50 PM | Show all posts
rosedemon replied at 2-10-2022 12:47 PM
mslahnya camane nak kesan siapa yg tulis msesej berantai ni

Itu kerja pulis, kalau depa betui nak siasatlah.

Tugas kita sebagai rakyat yg tak berapa nak paham ni, tapis dulu sebelum sebar... kasi verify ada betui ka tidak satu-satu cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Abeh tu..kenapa orng yg 'sebarkan'....jangan main sorok2 waktu maghrib..nanti disorokan hantu(apa entah)...tak diberikan amaran??? 'Benda tu' benar ka???
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku, kalo ada mesej2 tular mcm ni, baca dan alert saja la....kang bebetul jadi nanti, ko gak yg meroyan anak hilang
Tp kalo anak B40 hilang, maybe parents tersenyum sinis jah sbb nk bela budak zmn ekonomi mcm hanjeng ni mmg sakit...so eloklah anak tu mati jah kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2022 04:36 PM | Show all posts
biasalah grup whatsapp makcik pokcik mana2 pun.
dah tambah2 tiktok konten tak berkualiti, sampah, jadi pujaan tu yg dihadap hari2.

elok jugak macik2 ni kurung budak2 kat rumah. takda la berlari ke sana kemari mcm takda mak bapak dekat kedai2 2 hengget, kedai bundle, dalam mall.


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum forward pastikan kesahihannya…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 2-10-2022 11:22 AM
Tangkap jer penyebar mesej macam ni.
Suka menimbulkan kacau ganggu awam tanpa sebab.


nih tak betul ye.. semalam bukan MB dia suruh doa ramai2 ke.. aku tgk awani gitu2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 3-10-2022 09:23 AM
nih tak betul ye.. semalam bukan MB dia suruh doa ramai2 ke.. aku tgk awani gitu2 jah

NADMA dah terangkan, insinyiur TNB kata apa?

Kalau petik sekerat² cerita, air laut pun boleh naik sampai KLIA.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 3-10-2022 01:19 PM
NADMA dah terangkan, insinyiur TNB kata apa?

Kalau petik sekerat² cerita, air laut pun boleh nai ...

aku pun tatau hujung pangkal .. bukak2 awani mb Ganu kata suruh rakyat doa.. pastu selit gambaq ban elokla uols share ni.. maknanya berita pelesu le
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 3-10-2022 01:30 PM
aku pun tatau hujung pangkal .. bukak2 awani mb Ganu kata suruh rakyat doa.. pastu selit gambaq ba ...

Bukan pelesu.
Cumanya, petik sekerat dan diluar konteks.
Maksud tak sampai la senang citer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053680 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list