CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ferrari Enzo RM12.9 Juta 'Dilenjan' Penghantar Kereta, Habis Musnah Dalam Kemalangan

2-10-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1642| Komen: 8

LONDON – Sebuah jentera mewah jenama Ferrari Enzo yang merupakan antara kereta paling jarang ditemui di dunia, musnah dalam satu kemalangan ngeri di laluan berkembar di Jersey, England, lapor akhbar Daily Star UK.


Kemalangan ngeri itu berlaku pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu.

Model Ferrari yang dinamakan sempena nama pengasasnya  iaitu Ferrari Enzo,  dipercayai bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.9 juta) dan hanya terdapat 400 buah yang dikeluarkan di seluruh dunia.


Foto:ITV

Kemalangan yang berlaku di Victoria Avenue itu melibatkan pertembungan dengan sebuah kereta Honda Jazz.


Laluan berkembar itu ditutup dan perkhidmatan kecemasan berada di lokasi kejadian selama beberapa jam dengan Polis Jersi menggesa pemandu mengelak melalui kawasan itu.

“Ferrari Enzo itu  sedang menuju ke arah bandar, melepasi lampu isyarat sebelum terbabas di atas pembahagi jalan dan berpusing sebelum bertembung,” demikian menurut kenyataan seorang saksi.

Jentera Ferrari Enzo mempunyai kelajuan maksimum  sekitar 346 kilometer sejam dan dilengkapi dengan teknologi kereta lumba Formula Satu (F1).

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu tetapi seorang pemandu warga emas telah dibawa ke jabatan kecemasan hospital berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa Ferrari itu sebenarnya dalam perjalanan untuk dihantar kepada pemilik baharunya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 2-10-2022 10:46 AM
apa nasib jazz
Quote CiliPadiSedap 2-10-2022 11:31 AM
sama cm kes proton x70 dulu.. sebelum sampai owner kena lenjan accident kt segamat. lepas tu minta owner claim insurans. kalau kaka mmg xclaim insurans. biar dia bayar sendiri lah
Quote j3m4h 2-10-2022 11:43 AM
Sama mcm skyline r34 cikgu yg baru je jual sejam lpstu broker langgar pokok.. org tgh yg otr ni melenjan mcm krete sndr plak..enzo tu boleh restore blk..jazz yg x salah pon kne hentam..kesian divider terkopek…
Quote rosedemon 2-10-2022 12:46 PM
cirit la ko nak bayor ganti rugi
Quote insulin 2-10-2022 12:47 PM
Claim insurans kalau gini. Semoga lepas.
Quote Decaffeinated 2-10-2022 02:15 PM
Kenapa kereta dalam gambar tu left hand drive

bukan gambar 'selfie' sebab no plate truck tu elok tak terbalik
Quote Highflyer19 3-10-2022 09:26 AM
Terlebih excited…
Quote copy_paste 3-10-2022 09:33 AM
Decaffeinated replied at 2-10-2022 02:15 PM
Kenapa kereta dalam gambar tu left hand drive

bukan gambar 'selfie' sebab no plate truck tu elok ta ...

gambar miror kot, xkan la kejadian berlaku kat newyork

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.126543 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top