CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tetap Ada Waktu Jatuh Dan Bangkit Aku," Ryan Bakery, Elyia Ibrahim Kahwin

2-10-2022 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2350| Komen: 15

Ryan Fahmi Bakery sah bergelar suami dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Elyia Ibrahim pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dilaporkan disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 11 pagi.


Ryan, 27, menerusi hantaran di Instagram melahirkan kesyukuran Elyia akhirnya bergelar isterinya yang sah selepas lima tahun menjalinkan hubungan.

Foto: IG

Personaliti itu turut menyifatkan Elyia sebagai seorang individu yang tetap berada di sisinya ketika waktu susah dan senang.

"Setelah lima tahun berkawan. Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku. Tetap setia menanti. Alhamdulillah 1 Oktober 2022 Elyia Ibrahim telah sah menjadi isteriku.


"Terima kasih Ya Allah di atas kurnia ini. Kau berkatilah hidup kami hingga ke syurgaMu. Amin," tulisnya.



Sementara itu, adik lelaki Ryan iaitu Adam Bakery yang sering tampil dalam video sketsa bersamanya turut mengucapkan tahniah kepada abangnya itu.

Adam turut memuat naik beberapa foto majlis perkahwinan abangnya itu di Instagram.

Menerusi foto yang dikongsi Adam memperlihatkan Ryan dan Elyia sedondon mengenakan busana serba putih pada hari bahagia mereka.



Pengikut setia personaliti itu turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

"Eh dah kahwin? Tahniah Ryan dan isteri. Semoga bahagia selalu bersama pasangan.

"Cantik isteri Ryan. Selamat pengantin baru," ucap netizen.



Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 22 Mei 2022. -CARI

Sumber: mStar oNline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 2-10-2022 10:27 AM
wife dia mcm muka Ainina ahmad B
Quote shernazz 2-10-2022 10:28 AM
Dalam kete dengar lagu bila.cinta didusta..
Hahaha siot je
Quote red_velvet 2-10-2022 10:34 AM
Lawa mak ryan ni. Manis muka dia. Ryan ikut muka mak ..tapi versi tak hensem ...anyway tahniah... Hidup berumahtangga bukan sebahagia n semudah yang dijangka. Soga terus tabah mengharungi liku2 mendatang.. aaminn
Quote epal_putih 2-10-2022 10:37 AM
Comel bini dio
Quote anaktoyol 2-10-2022 12:46 PM
sekarang ni mat2 popular semua hijabista sambar...
Quote rosedemon 2-10-2022 12:53 PM
ok mat tin ru
Quote NazRysha 2-10-2022 01:40 PM
lepas kawin ni mesti tenggelam dan xbest
Quote she 2-10-2022 01:41 PM
Adik dia ensem juga
Muka kayu aje kalau jadi prop

Tahniah Ryan
Patut lah ex mengimbau sangat ritu
Tak diundang ke majlis ler tewww
Quote she 2-10-2022 01:43 PM
Macik suka bini Ryan ni
Kalau watak tambahan pun
Gitu2 aje dia menyelit
Senyum simpul
Takde nak beria berlakon
Nampak lah jenis tak gila glemer
Macam tak hadap pujian
Teruskan begitu ye dekkk
Quote aTiKah_aYuNi 2-10-2022 01:50 PM
Tahniah Ryan dan isteri. Semoga bahagia selalu bersama pasangan.
Quote Madel 2-10-2022 01:55 PM
Ni kalau Ryan ni kaum kerabat aku, dah sentap kena bebel dgn makcik2 aku pasal rambut.
Laki cousin aku wktu brtunang dgn cousin aku rambut rebonding kemain panjng smpai pinggang.
Kena bebel dgn makcik2 aku, time nikah nnti potong rambut kasi kemas eh..nama pun Raja Sehari bagi elok la sikit penampilan tu.
Naseb baik dia dengar kata..elok pun boleh potong kasi kemas molek.
Nak tenguk gamba dlm album pun tak le sakit mata
Esok2 lepas kawen lantak pi la nak bela rambut mcm pontianak ke apa
Quote awanearisu 2-10-2022 02:21 PM
Patutlah timbul bekas kekasih. Dugaan pasangan bertunang rupanya.

Tahniah Ryan dan pasangannya. Semoga berkekalan sehingga ke syurga. Ada jugalah beberapa video beliau yang berjaya menghiburkan hati kita.
Quote suka2 2-10-2022 04:16 PM
Madel replied at 2-10-2022 01:55 PM
Ni kalau Ryan ni kaum kerabat aku, dah sentap kena bebel dgn makcik2 aku pasal rambut.
Laki cousin a ...

Kurg2 kalau sayang sgt nk potong rambut, ikat bagi rapi pun ok. Ni rambut siap bawak mengurai kedepan pulak..
Quote Madel 2-10-2022 06:53 PM
suka2 replied at 2-10-2022 08:16 AM
Kurg2 kalau sayang sgt nk potong rambut, ikat bagi rapi pun ok. Ni rambut siap bawak mengurai kede ...

Potong rambut mcm adik dia tu, kan ke kemas n rapi..sehari dua aje kot biar rambut tu pendek.
Dah la rupa tak berapa nak siap
lepas dah kawen ni mmg sendu di aidil fitri je la mamat ni.
Quote TomyamPuteh 2-10-2022 07:41 PM
Diorg dh kenal 50 tahun ke? Smpai jatuh, bangkit, terduduk, tertiarap, tertomoih bagai tu?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.072456 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top