CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bad Indigo Masih Sayang, Kelu Ashira Cepat Sangat Dapat Pengganti

2-10-2022 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12680| Komen: 130

Ikatan perkahwinan di antara Bad Indigo dan Ashira mungkin sudah terlerai namun penyanyi itu kelu apabila mendapat perkhabaran bekas isterinya itu sudah bertemu pengganti.


Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, berkata, meskipun sudah bercerai namun perasaan sayang terhadap Ashira masih ada malah berharap mereka dapat kembali bersama sekiranya diberi peluang.

Foto: IG

"Ketika kami buat video umum penceraian sebelum ini pun saya pernah kata masih sayangkan dia. Saya mahu lihat dia gembira dan dalam hati ini ada perasaan sayang dan harap boleh buat Ashira kembali bahagia.

"Namun Allah telah tentukan jodoh kami tak panjang... Memang terkejut apabila dapat tahu dia sudah membawa hati dengan orang lain.


"Saya pun tak boleh cakap banyak mengenainya kerana takut mengganggu kebahagian orang lain. Kita hanya merancang, Allah tentukan segala-galanya," katanya kepada mStar.




Bad sebelum itu ada membuat satu hantaran di Instagram miliknya yang meluahkan rasa kecewa dengan berita tersebut.

Dalam pada itu, Bad berkata, meskipun hatinya masih belum pulih daripada penceraian mereka namun dia reda dengan ketentuan Allah selain mendoakan kebahagiaan bekas isteri.



"Hati ini pun masih belum pulih lagi sepenuhnya. Saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk kuatkan diri dan perkongsian saya di media sosial itu hanya sekadar meluakan apa yang dirasai ketika ini.

"Takut juga jika ada yang salah anggap... Sekarang ini saya berusaha meneruskan kehidupan dan pada masa sama saya sentiasa mendoakan Ashira bahagia," ujarnya.

Bercakap soal jodoh, Bad tidak berharap mana-mana wanita untuk jatuh hati kepadanya memandangkan keadaan dirinya yang kini berkerusi roda akibat diabetes.


Kata Bad, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti kerana sedar keadaan dirinya selain tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Terus terang saya katakan, saya tidak mahu susahkan orang lain dengan keadaan diri saya sekarang. Jadi memang tak terfikir untuk kembali bertemu jodoh.

"Rasanya mana-mana wanita pun akan fikir dua tiga kali melihat keadaan saya. Semuanya terbatas," katanya.





Sementara itu, Bad memberitahu dia kini bekerja di sebuah bengkel di Ampang sejak Januari lalu ekoran sudah lama tidak menerima sebarang undangan nyanyian.

Untuk rekod, Bad dan Ashira melangsungkan perkahwinan pada 11 Mac tahun lalu namun pasangan itu mengumumkan penceraian mereka pada Jun lalu.

Bad yang bergelar bapa tunggal sejak 2010 mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Rayyan, 13 dan Rania, 12 tahun.

Manakala Ashira yang berstatus ibu tunggal sejak 2015 memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 16 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 2-10-2022 10:23 AM
Bagus pko ni..time2 ni lah ko nk tgk pasangan ko sgp hidup susah ker tak dgn ko...kalo tak kemain bersemut xnk kalah masing2
Quote miracle_forever 2-10-2022 10:43 AM
move on je la. dah tau keadaan diri sendiri mcm mana, kan. takkan ashira nak menjanda sampai ke tua.
Quote Dolmat 2-10-2022 10:52 AM
Edited by Dolmat at 2-10-2022 10:53 AM

Sabar aje lah DENGAN dugaan hidup masing2.. mungkin di dunia KAU merana di sana KAU dapat BIDADARI SYURGA...

Redhoooooo aje lah.. ex KAU tu pun masih bernafsu ghairah... bukan nyer macam kucing boleh di kembiriiiiii... Selagi dia bleh tukar pasangan dia tukar ler...
Move on.. life goes onnnn Badddddd....
Quote makcun14 2-10-2022 10:54 AM
Sheols berhak bahagia.
Quote Piramida 2-10-2022 10:54 AM
Sejenis perempuan yg mudah jatuh cinta kot (aka cepat perasan)... tapi oklah if bertepuk dua2 tangan.
Quote gigahertz 2-10-2022 11:16 AM
makcun14: Sheols berhak bahagia.

kahwin Mac......23 mac 2021 ibu jari kaki kena potong.
Dulu sebelum kahwin Asyira ni elok je bila dah kahwin
suami pulak diabetis ( tak sampai 1 bulan pulak tu )
i lebih kesian Asyira dari Bad....
Quote awanysss 2-10-2022 12:05 PM
yg ayat2 sedih tu bad ke yg post..
mcm mengundang spekuan betul kalau dia post around time2 ni..
mmg la sedih tp si exwife perlukan something yg bad tak mampu kot..
redha je la bad.. doa2 nnti nak syurga dpt bidadari k..
Quote musangbodoh 2-10-2022 12:06 PM
tahniah dan takziah
Quote mamajawie 2-10-2022 12:13 PM
Susah nak cakap ye yg ashira pun x kaji dlu ex somi camne
Quote annadonna 2-10-2022 12:23 PM
Come on Bad. Be realistic. Kalau dah 20 tahun hidup bersama baru ko kena potong kaki maybe wife takkan lari sebab cinta dan syg dah kukuh. Ini baru kawin ko dah sakit. Honeymoon tak puas lagi. Ko expect apa. Semua org nak bahagia dlm hidup. Lepaskan ajelah.
Quote emera 2-10-2022 12:25 PM
Agaknya ex tu nak nafkah batin.
Quote anaktoyol 2-10-2022 12:43 PM
emera replied at 2-10-2022 12:25 PM
Agaknya ex tu nak nafkah batin.

confirm la

Quote Hoola 2-10-2022 12:52 PM
bersabarlah aduhai abam bad
moga ada suri baru yg sudi dismpingmu
saat suka mahupun duka
sihat atau sakit

walau achik dh lmo mnjdo,
namun doa yg baik2 utkmu bam bad
Quote rosedemon 2-10-2022 12:52 PM
redojela badddd. wat do u expct nyahh
Quote pocongkiutss 2-10-2022 01:03 PM
Sheols mmg dh tau kan si bad ni ada kencing manis sebelum kawin..n rasanya ada yg dh inform dia dh pun

Apa motip dia kawin sebelum tu kalau dh tau camtu?
Quote winky1 2-10-2022 01:07 PM
Takpe bad....ada lelaki oku yg guna skateboard tu dpt je bidadari. Saya doakan seorang wanita yg berharta tak pandang fizikal minang you . Aamiin. Jgn bersedih lagi. Doakan mcm tu selalu. I pernah baca It takes someone special to replace someone special...
Quote ezacbee 2-10-2022 01:18 PM
Salah Bad gak, dah tau xsihat gigih nak kawen.
Quote makita 2-10-2022 01:24 PM
Tak boleh la nak kisah sgt perasaan syg tu. Ex wife tu ada hak utk cari bahagia sendiri. Lagi pon ex wife dah  penah berkorban jadi isteri wpon sekejap. Dan terbukti tahap pengorbanan ex wife tu sampai situ je kemampuannya.
Quote miss_strangers 2-10-2022 01:25 PM
Move on jela bad..bukannya sheols cinta pertama chuolss pon

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055864 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top